Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya mimpi ada seekor anjing ingin dekati saya, mana saya lari, anjing tu ikut dan saya ada tersentuh anjing itu-RUPANYA SUAMI..

Assalamualaikum pihak krt, mohon hide fb saya. Saya sudah kahwin 3 tahun lebih nak masuk 4 tahun. Saya ada sorang anak umur nak masuk 3 tahun. Kisah dia mcm ni, minggu lepas saya terbaca dlm whatsapp suami saya. Dia ada msg bapak ayam bertanyakan stock mak ayam ada tak, kalau ada boleh pilih gambar tak? Then bapak ayam tu send gmbr betina2 pelacur tu. Saya sempat amik gambar mesej2 whatsapp tu sebelum dia sempat delete. Masa tu remuk hati saya, saya pendam Allah saje yg tau. Saya diam. Tapi dlm masa yang sama, hati saya berkecamuk. Selagi tak bertanya pada dia, selagi tu segala kerja saya buat tak fokus. Pada malam tu, saya dah nekad


. Hati saya dah hancur, kalau ikutkan mmg saya dah taknak teruskan perkahwinan ni, tp saya fikir pasal anak. Mcm mana nak bercerai kalau anak masih kecil dan sedangkan perlukan perhatian dan kasih sayang sorang ibu dan ayah. Utk pengetahuan admin, mak bapak saya juga sdah bercerai dulu sejak umur saya setahun lebih tak tau apa2. Saya taknak anak saya timpa nasib yang sama dgn saya. Mlm tu saya nekad saya tunjuk screenshot whatsapp tu dekat dia. Saya tanya apa ni semua? Muka dia terus pucat, terkedu. Masa tu saya nangis2 tanya apa yang dia dah buat belakang saya selama ni.


Saya tanya dia ada ke tak pernah main dengan pelacur tu, mula2 dia tak mengaku. Memang saya tak redha masa tu, saya dah ready untuk bercerai. Cuma saya bingung, mana saya nak duduk dgn anak saya ni kat kl, mcm mana saya nak g kerja. Rumah dan kereta dia punya. Masa tu mak saya ada dekat rumah. Saya suruh mak saya bawak anak saya masuk bilik. Saya mengamuk tanya dia apa yang dia dah buat. Last2 dia taknak mengaku jugak. Saya jerit dekat dia, jangan sentuh saya lagi pasni. Lepas tu saya masuk bilik. Esok hari saya kemas2 barang saya dan balik rumah abg saya. Seminggu saya dekat rumah abg saya, saya memang dah nekad saya nak bercerai. 


Saya dah taknak dekat dia. Saya berasa jijik dengan dia sbb dia dah buat dengan ramai pelacur. Patut lah malam sebelum saya dapat tau pasal whatsapp tu, saya mimpi ada seekor anjing ingin dekati saya, mana saya lari, anjing tu ikut dan saya ada tersentuh anjing itu. Masa kat umah abg, saya tanya sekali lagi dalam whatsapp, ada ke tak buat dengan pelacur tu, nmpk susah dia nak mengaku, saya dah fedap, saya ajak dia pegi mahkamah esok hari. Saya dah tak boleh nak tahan lagi.


 Esok hari kami ke mahkamah, tp procedure mahkamah tu suruh kami ke pejabat agama bahagian kaunseling dulu, last2 dia berdolak dalih sampai ke hari ni kami belum pegi ke pejabat agama tu. Sbb saya kenal suami saya, kalau dah salah dia. Dia takkan sesekali tawar talak dekat saya, tapi penah dulu kami gaduh atas kesalahan saya, dia penah jatuh talak dekat saya, dia bawak lari anak saya, dia tampar saya sepak terajang saya. tapi bila tanya balik atas niat dia, dia cakap takde maksud pn untuk bercerai. Remuk hati saya admin kali ni saya dapat tau dia dengan pelacur pulak. Memang sampai mati saya takkan redha apa yang dia buat.


 Sampai la 1 malam tu, dia ajak saya balik rumah. bila di paksa untuk jawab, dia mengaku dia dah buat, sbb saya dah cakap dekat dia, selagi dia x mengaku apa yg dia buat, selagi tu saya takkan balik rumah. Remuk hati saya admin. Mmg hati ni dah takde utk dia melainkan ayah utk anak saya. Sepanjang perkahwinan saya. Saya mengaku dia mmg sorang ayah yg penyayang dan bertanggungjwab, segala keperluan anak dia, dia penuhi. Susu pampers pakaian anak dia belikan, dia kerja biasa saje gaji kadang2 tak cukup, saya pun bekerja. Selama ni byk saya berkorban utk dia, kalau dia x ckup duit, saya akan tanya ada duit ke tak nak makan. 


 Saya tak pernah berkira. Kerja rumah masak basuh baju mmg dia rajin, saya mengaku sampai skrg mmg saya belum pandai masak. Selama kami hidup bersama, dia yg masak walaupun lauk simple. Saya hanya membantu saje dekat dapur. Kemas rumah saya buat semua. Saya akui dia mmg suami yg rajin. Kalau tido dgn anak, dia yang byk bangun malam buat susu anak, tukar pampers anak, mandikan anak, basuh berak anak. Kalau dia tak larat atau takde dekat rumah, baru saya akan buat semua tu. Dia mmg sayang sgt dekat anak dia, saya akui. 


Tp 1 je x cukup dengan dia. Nafkah saya dia x penah bagi sejak kahwin. Dia cuma belikan barang keperluan. Barang dapur. Tp utk duit poket saya sendiri, dia xpenah hulurkan. Solat tak penah cukup, dia xpenah ajak saya solat berimam. Ilmu agama mmg dia cetek, dia x pandai mengaji Al-Quran dia mmg mengaku. Mmg mak bapak dia xpenah tegaskan hal agama, sbb bagi dorang anak dia dah ckup besar utk berfikir semua ni. Tp lain dgn mak abah saya, wlaupn kami dah besar, tapi bab solat mmg no 1 masih di tegaskan. Dulu mmg dia sorang yang jahat dia sendiri mengaku, amik dadah, main ppuan. Tp saya betul2 x sangka sampai skrg dia masih ulang semua tu. Saya tau dia ada amik ubat batuk kering yg famous di kalangan remaja tu, saya tau dia amik untuk tenangkan fikiran, 


tp dgn cara tu ke dia tenangkan fkiran? Tapi bab ubat tu saya boleh terima lagi, tapi bab pelacur tu sampai mati saya takkan maafkan dia, takkan redha apa yg dia buat. Saya masih ingt, masa saya dlm pantang, saya ada terbaca sms dia mengajak ppuan utk keluar, sedangkan saya masih berpantang dekat kg dgn anak, dia sedap2 ajak betina lain keluar dkat kl. Ya Allah masa tu saya hampir meroyan. Anak saya campak jerit mcm tu je. Bila dia bersalah, malam tu jugak dia balik kg. Tp saya masih terima dia admin. Sampai lah lepas 3 tahun lebih kahwin. Saya dpt tau dia main pelacur pulak. Perlukah saya terima dia balik admin?

 Mlm tu lepas saya balik umah, malam tu jgk saya suruh dia bersumpah atas nama Allah dan bersumpah atas nama mak dia sambil pegang Al-Quran yang dia takkan ulang lagi main dgn pelacur/mana2 ppuan lagi. Tapi hati saya ni masih tak redha, x boleh maafkan dia sampai bila2. Skrg saya taknak tido dgn dia, dia tido luar dgn anak, saya tido dlm bilik sorang. Saya taknak dia sentuh saya admin. Saya dah tak percaya kan dia, saya taknak saya dapat penyakit apa yg dia buat dgn pelacur tu. Admin tlg beri pendapat, perlukah saya untuk tggal bersama dgn dia lagi? Kalau saya masih tggal dgn dia, sampai bila saya takkan bagi dia sentuh saya? Sampao bila hati saya ni takkan redha? Harap admin dapat beri pendapat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA saya mimpi ada seekor anjing ingin dekati saya, mana saya lari, anjing tu ikut dan saya ada tersentuh anjing itu-RUPANYA SUAMI... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top