Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

PENIPUAN SMS (URUS NIAGA KAD KREDIT) : Elakkan dari menjadi mangsa!


PENIPUAN SMS (URUS NIAGA KAD KREDIT) : Elakkan dari menjadi mangsa!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan kononnya satu urus niaga telah digunakan ke atas kad kredit anda di mana-mana premis 

perniagaan dan meminta anda untuk segera menghubungi nombor yang diberikan bagi tujuan pengesahan. Jangan cepat panik dengan cuba menghubungi nombor yang diberikan, kerana ianya mungkin helah sindiket yang akan merugikan anda kelak!

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah:
- Sindiket akan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon bimbit mangsa secara rambang.
 - Bagi tujuan penafian penggunaan, mangsa dikhendaki menghubungi nombor yang dibekalkan oleh sindiket.
 Nasihat / Tips dari PDRM untuk elak dari menjadi mangsa:
 - Semak nombor penghantaran SMS itu di laman carian GOOGLE. Kebanyakan kes, mangsa ada berkongsi maklumat lanjut kes yang pernah dialaminya.
- Jangan sesekali berhubung melalui telefon dengan mana-mana individu / nombor yang tidak dikenali. Sebaliknya, terus buat semakan dengan pihak bank bagi tujuan pengesahan lanjut.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA PENIPUAN SMS (URUS NIAGA KAD KREDIT) : Elakkan dari menjadi mangsa!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top