Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

nikah saja tanpa (pengetahuan) isteri tua, lepas nikah baru kamu hadap ribut taufan, angin kencang yang nak datang-NASIHAT EX-MUFTI






KUALA LUMPUR – Di antara nikmat menjadi seorang lelaki adalah mereka boleh berpoligami sehingga empat orang isteri, namun hanya mereka yang benar-bear ‘mampu’ sahaja yang menentukan samada mereka boleh melakukannya atau tidak.

Tambahan pula kehidupan bermadu di zaman ini dilihat semakin kronik berbanding zaman dahulu memandangkan rata-rata wanita sebenarnya tidak bersedia walaupun mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

Salah seorang penguna Facebook, Hamdan Taha ketika memuatnaik status baru-baru ini sempat berkongsi cerita mengenai pengalaman seorang bekas mufti ketika mula menjalani kehidupan poligami.

“Masa ana (saya) kawin muda, isteri (tua) ana tak tahu, ana tak bagitahu pun selepas tu baru ana bagi tahu. Dah tentulah dia merajuk, mengamuk dan macam-macamlah berlaku, itu yang kena sabar, ana balik dia tak buka pintu, tak masak, baju kita dia (isteri) tak basuh, bilik dia kunci, tak bercakap dan sebagainya.

“Hampir lima bulan ana lalui, itu isteri mufti tu (sebab) masa tu ana (masih) mufti, kalau isteri orang biasa tak taulah. Kadang-kadang ustazah ni lagi kalut. Isteri muda pula ada ragam dia juga, jadi kehidupan masa tu kena banyak bersabar, bertenang dan kena belajar masak sendiri atau beli nasi bungkus,” ujar bekas mufti tersebut.

Paling menarik, Hamdan turut memberikan petua yang diamalkan oleh mufti tersebut untuk memastikan kedua isterinya kembali mesra dan saling berbaik antara satu sama lain.

“Tapi ada juga ilmu atau petua nak baikkan depa (madu) ni, ada banyak cara (dan) salah satu caranya ialah anta (kamu) bela dua ekor itik serati, simpan (bela) dan jangan bagi (mereka) makan (selama) 4 ke 5 hari, biar itik itu betul-betul lapar.

“Lepas tu bagi makan beras sebanyak boleh, bila dia (itik) dah makan beras tu sekenyangnya (baru) boleh anta sembelih itik tu dan ambik balik beras tu. Campurkan beras (lebihan makanan itik) tu dengan beras baru (kemudian) masak bersama (daging) itik tu, buat rendang (atau) gulai pun boleh.

“Lepas tu hantar (masakan) ke dua-dua rumah biar depa (madu) makan, InsyaAllah (dengan) izin Allah lepas tu depa boleh berbaik macam adik beradik,” ujarnya lagi.

Hamdan turut menjelaskan, mufti tersebut turut menasihati beliau sekiranya ingin berpoligami ada baiknya beliau berkahwin dahulu tanpa pengetahuan isteri pertama.

“Anta (kamu) nikah saja tanpa (pengetahuan) isteri tua, lepas nikah baru anta hadap ribut taufan, angin kencang yang nak datang.

“Depa (mungkin) akan marah-marah (namun) jika kita (suami) memang baik depa akhirnya (akan) terima juga la hakikat (telah dimadu) cuma masa (untuk mreka) nak terima tu jer kita nak kena sabar (kerana) munkin (ia memakan masa) setahun, ada juga yang sepuluh tahun baru ok.

“Tapi kita (suami) pula kena bijak, kena jadikan dua-dua (isteri) ok, jika tak boleh juga cari orang yang boleh ok (untuk beri nasihat), tumpukan waktu yang boleh ok tu jadi jiwa kita akan tenang. Bagusnya (kelebihan) kita kawin lebih dari satu ini (ialah) kita kerap berzikir, otak pun bagus (sebab) sentiasa jer bergerak dan berfikir jadi anta kena rajin la doa pada Allah (mohon) di permudahkan,” ujarnya mengakhiri status tersebut

http://bicaranetworks.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA nikah saja tanpa (pengetahuan) isteri tua, lepas nikah baru kamu hadap ribut taufan, angin kencang yang nak datang-NASIHAT EX-MUFTI. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top