Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

murid perempuan berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain


 Murid Oku Kritikal Dirogol Guru Besar & Tiga Guru Lain|Seorang murid perempuan orang kelainan upaya (OKU) berusia 12 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di bandar Kako, di timur Bihar, India itu sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk setempat.

Jurucakap polis Jehanabad Kusum Bharati berkata: “Kami telah membuka satu siasatan kes rogol terhadap guru besar, Aju Ahmed dan guru Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman sepertimana yang diadukan oleh ibu mangsa.”

Mangsa kini telah dibawa ke Kolej Perubatan Patna untuk rawatan.

Sementara ibunya, yang sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa anaknya itu berikrar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keadilan berpihak kepada anaknya.

Dia juga berkata akan membuat aduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

“Saya berharap anak saya pulih, dan akan melakukan sehabis kemampuan saya untuk anak saya,” ujar wanita berkenaan yang tidak dinamakan.


http://eberita.org/video-murid-oku-kritikal-dirogol-guru-besar-tiga-guru-lain/






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA murid perempuan berada dalam keadaan kritikal selepas dia dirogol oleh guru besar dan tiga guru lain. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top