Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Memang Datuk Aliff Syukri Terlajar Baik & Mesra tapi mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh agama




Memang Beliau Terlajar Baik & Mesra…Tapi.. – Teguran Nik Abdul Kepada Aliff Syukri


Nama Datuk Aliff Syukri tidak perlu diperkenalkan lagi kerana telatah dan gaya beliau yang lucu ini sentiasa membuatkan netizen terhibur. Nama beliau terpahat di kalangan netizen dek kerana iklan-iklan lucu produk keluaran syarikat beliau, D’Herbs yang sangat-sangat menghiburkan kerana ianya berbeza dengan iklan-iklan komersial yang lain.

Terbaru atas rasa tanggungjawab, Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Nik Mohamad Abduh menegur Aliff Syukri agar menapis iklan-iklan miliknya dan mematuhi syariat agama.
Tapis iklan

Salam buat semua.

Hari ini saya melihat satu iklan di akhbar Sinar Harian oleh syarikat D’HERBS untuk salah satu produk kecantikannya.

Saya pernah bertemu pemiliknya yang hebat, Dato’ Aliff Syukri beberapa tahun lepas di Tasik Kenyir semasa kami berkebetulan sama-sama bercuti di sana. Beliau seorang yang memang terlajak baik dan terlajak mesra.

Namun, atas tanggung jawab sebagai seorang muslim sesama saudara muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Dato’ Aliff Syukri secara terbuka di sini agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.
Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh agama

Wanita adalah amanah Allah ke atas para lelaki sebagaimana pesan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kita semua sayugia menjaga mereka daripada segala kejahatan dunia dan akhirat. Jangan biarkan mereka terlalai tanpa nasihat ugama apatah lagi secara sengaja mendorong atau merangsang mereka melakukan kesalahan ugama.

Kegalakan iklan mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh ugama. Allah mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang mempergunakan wanita secara salah untuk tujuan mencari rezeki. Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat.

Maka nasihat saya untuk diri saya, Dato’ Aliff, para peniaga dan pengiklan juga seluruh muslimin dan muslimat agar bertaqwa kepada Allah dan mentaati-NYA. Taqwa adalah pintu kekayaan yang takkan kering dan putus.

Semoga perniagaan Dato’ Aliff Syukri terus berkembang maju dan diberkati Allah.

اللهم إنا نسألك النعيم المقيم الذى لا يحول ولا يزول ونسألك النعيم يوم العيلة والأمن يوم الخوف. اللهم إني عائذ بك من شر ما أعطيتني ومن شر ما منعتني.

http://www.ohmymedia.cc/spotlight/selebriti/memang-beliau-terlajar-baik-mesra-tapi-teguran-nik-abdul-kepada-aliff



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Memang Datuk Aliff Syukri Terlajar Baik & Mesra tapi mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang oleh agama. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top