Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

MAUT KETIKA HANTAR3 ORANG ANAK KE SEKOLAH


INNALILLAHWAINNAHIROJIUN 😔😔😔😔

MAUT KETIKA HANTAR ANAK KE SEKOLAH

KOTA BHARU ~ Seorang bapa maut akibat serangan asma ketika dalam perjalanan menghantar tiga anaknya ke sekolah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata mangsa, Nik Fa Nik Din, 47, dalam perjalanan menghantar ketiga-tiga anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Chat dari Kampung Tapang, di sini, dengan memandu kereta Perodua Kancil.

"Ketika memandu pada jam 7.15 pagi tadi, mangsa secara tiba-tiba tidak sedarkan diri akibat penyakit asma.
"Akibatnya, mangsa yang datang dari arah Bulatan Tengku Anis menghala ke Taman Uda, terbabas ke lorong sebelah kanan arah bertentangan berhampiran tali air.

"Ketiga-tiga anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baharom berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat bagi mengesan punca sebenar kematian.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA MAUT KETIKA HANTAR3 ORANG ANAK KE SEKOLAH. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top