Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

LAPORKAN JIKA ADA ORANG JUAL AIR KANGEN DI KAWASAN ANDA.




LAPORKAN JIKA ADA ORANG JUAL AIR KANGEN DI KAWASAN ANDA.


Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan aduan tersebut melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.


*************
Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.


Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.

 Di samping itu, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan. Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.
Setelah diteliti, penjualan dan pengiklanan air Kangen didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang seperti di atas dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sediada terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan aduan tersebut melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
8 Julai 2016



Pseudoscience Watch



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA LAPORKAN JIKA ADA ORANG JUAL AIR KANGEN DI KAWASAN ANDA.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top