Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

KAU KEJAM SUAMIKU- saya nak tolong tapi dia tolak saya guna tongkat dia dan baby tak dapat diselamatkan

Assalamualaikum semua. Cuma nak kongsi.




Masa kandungan sy 2bulan, suami eksiden. Tulang kaki dia problem sikit jadi kena operation utk betulkan. Sejak tu suami guna wheelchair. Kerja pun tak boleh. Sy memang betul2 jaga dia. Jadi banyak kerja belah ptg sy mohon pelepasan. Sy cuma fokus mengajar waktu pembelajaran sahaja. Tiba musim cuti sekolah mmg sy fokus 100% pd dia.





 Tapi dia dah tak macam dulu. Selalu mengelat dr sy, marah2, selalu cakap dia tu dah cacat. Dia kata sy buat semua tu sebab kesian jekan padahal sy terseksa nak tanggung dia. Dia kata sy berlakon. Siap nak ceraikan sy lagi. Pernah sekali dia naik angin sampai koyak kertas exam anak murid sy. 

Mil ada cakap kalau nak tinggal anak dia tu pun takpa dia faham sebab dia sendiri tahu dan selalu nampak kekasaran anak dia buat (sejak suami sakit memang tinggal dengan mil sampai suami sembuh) Tapi sy tak boleh. Dia suami sy. Dia ayah kpd anak yg sy kandung. Sy akan jaga dia macam mana dia jaga sy lepas sy jadi isteri dia. Suami lah satu2 nya tempat sy bergantung harap. Ayah sy dah takda sejak sy kecik. Mak pun dah lama takda. Kakak abg lain semua kat kl. Kat sini sy cuma ada suami dan keluarga suami.


Alhamdulillah drpd berkerusi roda, dah guna tongkat biasa. Dah banyak perubahan dr segi kesihatan. Tp perangai nya tetap tak berubah. Dari usia kandungan 2bulan hingga 8bulan sy hadap semua ni. 

Due date sy 31/1.. Dua minggu lepas, dia terjatuh, sy nak tlg tp dia tolak sy guna tongkat dia. Masa tu Allah je tahu rasa sakit tu mcm mana. Meraung sy panggil mil, istighfar takbir panjang2 sampai lah sy tak sedarkan diri. Sedar 2hari lepas tu dkt hospital. Sy dapat tahu sy kena operation, baby tak dapat diselamatkan. Dah dikebumi. Langsung tak bagi peluang utk sy pegang dan tengok anak sy. Mil kata suami taknak lengahkan proses sebab tak tahu bila sy akan sedar.

 Jantung dah gugur masa tu. Sy takleh terima semua tu. Mil cuba tenangkan tp sy macam tak sedar je. Sy yg kandungkan anak tu sy bawa ke hulu ke hilir checkup semua sorang2 tp sy tak dapat nak tatap wajah dia buat kali pertama dan terakhir.


Suami sy terlampau kejam. Wpun mil cakap dia dah insaf tp sy takleh terima apa yg dia buat. Bila dia dtg sy meraung suruh dia keluar. Sy taknak tengok dia masa tu, sy tak boleh. Jadi fobia sebab dia dah bunuh anak sy.
 Selama ni sy boleh sabar. Tp dia punca kematian anak sy, sy tak boleh terima. Dia terlampau ego dalam tindakan dia menolak sy. Skrg berpantang kat rumah kakak. Keluarga mil ada pujuk sy utk balik pantang dkt kampung tp sy taknak. Taknak tengok bayang suami. Sy jadi meroyan. Skrg sy rasa macam nak berpisah. 

Lagipun mmg tu yg suami nak cuma sy yg pertahankan, sy merayu jangan ceraikan sy wpun sy tahu dia gertak je tp dia tak lafaz pun. Sy nak dia sedar yg sy terima dia walau apa pun keadaanya. Tapi dia tak pernah nampak pengorbanan sy.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA KAU KEJAM SUAMIKU- saya nak tolong tapi dia tolak saya guna tongkat dia dan baby tak dapat diselamatkan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top