Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

gadis dipercayai memotong tangan sendiri dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging




 Tangan Ibu Tunggal Di Ajil Yang Dikeratnya Sendiri – *AMARAN! Gambar dalam teks ini mungkin terlalu ekstrem untuk sesetengah orang!!

Semalam kami ada siarkan berita tentang seorang ibu tunggal berhati kering di Kampung Durian Kasim, Ajil, Terengganu yang tergamak memotong tangan kirinya sehingga putus.

Susulan itu gambar tangan kiri mangsa yang terpisah dari lengannya dan sempat dibawa ke hospital untuk cuba dicantum semula kini telah beredar di laman-laman sosial.

Wanita berusia 23 tahun berkenaan dipercayai memotong tangan sendiri dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya sekitar jam 10 pagi kelmarin.

Perbuatannya hanya terbongkar selepas dia keluar dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di perkarangan rumah.

Adiknya yang melihat keadaan mangsa segera memberitahu ahli keluarga yang lain sebelum mereka menemui tangan kiri mangsa di bilik air bersama tiga bilah pisau.

Mangsa segera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.

Namun difahamkan, mangsa kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan setelah dirujuk ke sana oleh HHT untuk berjumpa pakar perubatan. – Webberita | Terkini via MyNewsHub







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: seram

TERIMA KASIH SUDI BACA gadis dipercayai memotong tangan sendiri dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top