Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gadis 19 Tahun Maut Dipercayai Didera Dan Diseterika Bekas Teman Lelaki





Gadis 19 Tahun Maut Dipercayai Didera Dan Diseterika Bekas Teman Lelaki|Seorang gadis berusia 19 tahun di temui mati dengan kesan pada muka dan luka terbakar di bagian kedua betis di salah satu pangsapuri di Cheras Utama, Cheras pada Jumaat semalam.

Mayat gadis yang di temui dalam sebuah bilik dengan keadaan terlentang di atas lantai kira kira jam 5.10 petang oleh anggota polis yang membuat siasatan selepas menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.

“Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu,” katanya.

Hasil bedah siasat

Setelah membuat bedah siasat pada mangsa di dapati mengsa telah di dera dengan waktu yang cukup lama,selain dari pada bengkak yang teruk di muka serta seluruh badan luka di kedua dua betis di percayai kesan dari pada seterika panas.

“Sementara itu, bekas teman lelaki mangsa yang ditahan semalam akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Nov bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut, polis mendapati bekas teman lelaki mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” kata  ACP Chong Kok Sin ketika dihubungi Astro awani hari ini.



Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaa.


http://eberita.org/gadis-19-tahun-maut-dipercayai-didera-dan-diseterika-bekas-teman-lelaki/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gadis 19 Tahun Maut Dipercayai Didera Dan Diseterika Bekas Teman Lelaki. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top