Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

EDISI KHAS: KAITAN PENCIPTAAN MANUSIA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN

EDISI KHAS: KAITAN PENCIPTAAN MANUSIA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN
Saya mulakan nukilan ini dengan nama tuhan yang maha sempurna. Yang menciptakan manusia dan seluruh alam.
Yang menciptakan matahari, bumi dan bulan bersama-sama ketetapan peredaran mereka.
Yang menyempurnakan manusia dengan sesempurna kejadian dan memberi kita kelebihan akal.
Dan kelebihan akal tersebut sepatutnya digunakan untuk mengenali kekuasaan Allah.

Tidak syak lagi kekuasaan Allah hanya mampu dilihat bila kita mengkaji, menguji dan membuktikan perkara tersebut menggunakan 'method' yang betul. Dan tidak dapat tidak semua perkara ini memerlukan akal yang sihat
Daripada ciptaan-ciptaan Allah yang begitu banyak sehingga mana kita tidak mampu mengiranya, terdapat satu penciptaan yang mustahak untuk kita perhati dan mengkajinya.
Tidak perlu mengkaji benda yang jauh. Tidak perlu bersangka-sangka itu yahudi dan ini illuminati.
Carilah cermin dan lihatlah di dalam cermin itu apa yang ada di dalamnya
" Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata tempat DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, sehingga ia ternyata jelas"(Surah Fussilat: 41:53)
Allah pun pernah bertanya kepada manusia "Dari apakah mereka dijadikan?"(Surah Abasa: 80:18)

Kenyataan-kenyataan ini sepatutnya menimbulkan tanda tanya kepada kita bagaimana seorang manusia itu dicipta dan disempurnakan penciptaannya. Kerana dengan mengenali diri sendiri, kita juga akan kagum dengan kebesaran ilahi.
Teringat saya waktu di sekolah. Guru kita selalu ajar yang manusia itu berasal daripada air mani lelaki dan juga Ovum perempuan. Ketika mana mereka bersenyawa akan terhasillah 'Zygote'. Sebelum sampai ke rahim, zygote ini akan menjalani proses pembahagian sel yang banyak sehingga menjadi Morula kemudian Blastocyst. Blastocyst pula akan dibenamkan di dalam dinding rahim. Proses yang seterusnya akan menukarkan blastocyst kepada embrio kemudian menjadi fetus.
 Disini saya ingin memetik ayat 12 - 14 daripada surah Al Mukminun
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati(yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih(Nutfah) pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku(ALAQAH). Kemudian Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(MUDGHOH). Kami ciptakan dari daging itu tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan Ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.

Menariknya bahasa arab, satu perkataan itu mempunyai pelbagai makna dan maksud. Disebabkan itu, apabila satu-satu ayat diperbincangkan, pelbagai makna yang kita boleh keluarkan daripada ayat-ayat al-quran tersebut. Begitu juga ayat diatas
-------------------------------------------------------

ALAQAH

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku(ALAQAH)"(Surah Al mukminun)
Jika kita lihat dalam Mushaf terjemahan al quran yang selalu kita baca, perkataan yang selalu digunakan untuk memberi maksud kepada alaqah adalah DARAH BEKU.
Tetapi adakah maksud ALAQAH itu terberhenti di situ sahaja?

Perkataan Alaqah menurut kamus bahasa arab mempunyai pelbagai maksud. Asal kepada perkataan Alaqah adalah 'Alaqa'(علق) yang bermaksud sesuatu yang melekat dan tergantung pada sesuatu.
Maksud 'Alaqah'(علقة) pula adalah lintah yang membesar dengan menyedut darah daripada perumah.
Apabila zygote membesar dan menjadi Blastocyst, ia akan dibenamkan ke dalam rahim sama seperti apa yang diceritakan di dalam al-quran.
"Kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih(Nutfah) pada penetapan yang kukuh"


Disitu lah blastocyst akan membesar menjadi embrio yang penceritaannya sama seperti dalam al-quran iaitu Alaqah.
Embrio pada ketika ini jika kita lihat dibawah kanta pembesar rupa fizikalnya sama seperti LINTAH. Ia juga melekat dan tergantung pada rahim. Tidak lupa embrio tersebut menggunakan darah ibunya untuk tumbesaran ia sendiri sama seperti lintah yang menyedut darah daripada perumahnya
Sangat cantiknya penggunaan perkataan yang digunakan Allah dimana Dia meletakkan satu perkataan yang benar-benar mengambarkan perkara tersebut.

--------------------------------------------------------------------
MUDGHOH

"Kemudian Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging(MUDGHOH)"(Surah Al Mukminun)
Dalam Mushaf Al-quran, Mudghoh selalu dimaksudkan sebagai seketul daging. Tetapi adakah itu sahaja maksudnya.

Perkataan Mudghoh menurut kamus bahasa arab mempunyai pelbagai maksud. Salah satu maksud yang menunjukkan begitu telitinya Allah dalam pemilihan perkataan Mudghoh adalah ia juga bermaksud seperti daging yang digigit.
Setelah menjadi embrio dan di dalam tahapan Alaqah, 'Somites' iaitu unjuran-unjuran di bahagian belakang embrio akan mula terbentuk. 'Somites' ini pada akhirnya akan menjadi tulang dan juga otot bahagian belakang badan kita.
Disebabkan kehadiran 'Somites' yang seolah-olah berbentuk manik, ia menyebabkan embrio tersebut seperti bahan yang telah digigit. Sama seperti maksud perkataan mugdhoh yang saya ceritakan mula-mula tadi.
----------------------------------------------------------------

PENDAPAT SEORANG AHLI EMBRIOLOGI BERKENAAN AYAT-AYAT AL-QURAN

Professor Emiritus Keith L. Moore merupakan salah seorang saintis yang terhebat dalam bidang anatomi dan embriologi. Dia juga merupakan penulis kepada buku THE DEVELOPING HUMAN yang telah diterjemahkan dalam 8 bahasa. Buku ini tidak asing kepada pelajar perubatan kerana ia merupakan salah satu buku yang wajib mereka pelajari.

Pada tahun 1981, Ketika persidangan perubatan di Dammam, Saudi Arabia, Professor K. Moore berkata: " Ia menjadi sesuatu yang berharga buat saya untuk menerangkan kenyataan-kenyataan di dalam al-Quran berkenaan perkembangan manusia. Jelas kepada saya bahawa ayat-ayat ini telah diturunkan kepada Muhammad(SAW) daripada TUHAN, kerana hampir kesemua pengetahuan(daripada dalam Al-Quran) ini tidak diketahui sampailah abad ini. Ini menunjukkan bahawa Muhammad(SAW) semestinya utusan tuhan.

Bagaimanakah seorang yang bernama Muhammad SAW boleh mengetahui sesuatu pada ketika tiada lagi teknologi yang dapat melihat perkara tersebut.
Bagaimanakah seorang yang BUTA HURUF seperti Nabi Muhammad (SAW) mampu memperolehi ilmu yang hanya terbukti pada beberapa abad ini sahaja.
Tidak dapat tidak ini merupakan salah satu pembuktian bahawa Al-Quran bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan. Ia adalah Kalam Allah yang maha hebat. Yang menciptakan manusia dan juga makhluk sekalian alam.
Sumber:
Human Development As Describe in The Qur'an dan Sunnah, Correlation with Modern Embryology. Abdul Majeed A. Zindani, Keith L. Moore and others.




Pseudoscience Watch shared Root of Science's post.






Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA EDISI KHAS: KAITAN PENCIPTAAN MANUSIA DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top