Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

DAHSYATNYA KESAN PIL ECSTASY JAHANAM... “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”


DAHSYATNYA KESAN PIL ECSTASY JAHANAM.
London: Bagi mereka yang menggunakan dadah, termasuk pil ecstasy lihatlah dua gambar ini - kesan ecstasy terhadap dua remaja perempuan dengan seorang daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi hampir maut namun terselamat selepas tiga hari koma.

Pelajar, Leah Betts, mati pada 1995, empat hari selepas koma akibat mengambil ecstasy pada hari jadinya yang ke-18.

Kira-kira 21 tahun kemudian, seorang lagi pelajar, Leah Robinson, koma selepas mengambil dadah itu ketika pesta Krismas yang lalu, dua hari selepas dia genap berusia 16 tahun.

Harga pil ecstasy yang dimakan Leah Ronbinson hanya £5. Beberapa minit selepas dia meninggalkan rumah rakannya, tempat dia makan pil berkenaan, kesannya mula terasa - terhuyung-hayang seperti orang mabuk, jatuh dan bangun sepanjang perjalanan pulang ke rumah sebelum akhirnya terbaring pengsan di tepi jalan.

Menurut Daily Mail, rakannya menghubungi ambulans dan ketika ibunya, Kerry, 35, sampai ke unit kecemasan, doktor tidak dapat memberitahu sama ada anaknya akan hidup atau tidak.
“Saya hampir pengsan, hampir tidak kenal anak saya. Kepalanya bengkak, tubuh basah dengan peluh dan suhu badan jatuh ke 26 selsius (suhu normal 37 selsius),” katanya.

Tidak seperti Leah Betts 21 tahun lalu, Leah Robinson amat bernasib baik kerana selepas tiga hari koma, dia kembali sedar tanpa kerosakan organ.
Ibunya yang tidak mahu remaja lain menjadi mangsa pil itu seperti anaknya, menyiarkan gambar Leah di Facebook anaknya dengan amaran: “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”

Pada 1995 Leah Betts ditemui tidak sedarkan diri depan bilik air oleh ibu tirinya, pada malam majlis hari jadinya yang ke-18. Remaja itu mati empat hari kemudian akibat ‘keracunan air’ - minum tiga liter air dalam masa singkat selepas mengambil ecstasy menyebabkan otaknya membengkak.






Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA DAHSYATNYA KESAN PIL ECSTASY JAHANAM... “Inilah kesan Ecstasy - Tolonglah jangan ambil.”. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top