Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Anak gadis 'ghaib' ikut kekasih tinggal nota terakhir-“Jangan cari aku dan jangan ambil tahu hal aku lagi,”




-------------------------------------*
Kuala Terengganu: “Jangan cari aku dan jangan ambil tahu hal aku lagi,” itu nota terakhir ditinggalkan Fatin Syahirah Zainal, 19, sebelum hilang dipercayai mengikut teman lelakinya sejak empat hari lalu.

Kehilangan Fatin Syahirah disedari ibunya, Nizam Ngah, 49, pada jam 1.30 pagi Isnin lalu apabila anak kelapan daripada sembilan beradik itu tiada dalam biliknya di rumah mereka di Kampung Bukit Payung, Marang.

Ketika mencarinya di rumah, Nizam menemui nota terbabit.
Menurut Nizam, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum Fatin Syahirah menghilangkan diri dengan membawa pakaian.

“Fatin Syahirah tidak pernah berkelakuan seperti itu, tetapi selepas berkenalan dengan seorang lelaki, dia mula tidak mendengar kata dan sikapnya berubah.
“Pada malam sebelum kejadian, saya menasihatinya supaya tidak keluar rumah hingga berhari-hari atau mengikut lelaki kerana bimbangkan keselamatannya.
“Namun, nasihat saya tidak diendahkan sehingga membawa kepada pertengkaran antara kami,” katanya, semalam.

Nizam berkata, sebelum ini, anaknya pernah tidak pulang ke rumah, namun dia ditemui di kediaman kawannya selepas dua hari.
“Namun, kali ini saya gagal menemuinya di rumah rakannya, malah dia langsung tidak menghubungi kami.

“Saya merayu kepada anak supaya kembali ke pangkuan keluarga,” katanya yang melaporkan kehilangan itu di Balai Polis Bukit Payung, Marang, Isnin lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Fatin Syahirah boleh menghubungi Nizam di talian 014-5361662 atau balai polis berhampiran..
sent by Berita Harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Anak gadis 'ghaib' ikut kekasih tinggal nota terakhir-“Jangan cari aku dan jangan ambil tahu hal aku lagi,”. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top