Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sikat Emas Dijual Pada Harga RM43,000!

800 Sikat Emas Dijual Pada Harga RM43,000!

SEBUAH syarikat di Slovakia yang sememangnya terkenal dalam mencipta dan mengeluarkan barangan luar biasa telah menghasilkan edisi terhad sikat yang dibuat daripada emas.

Odditycentral melaporkan, sikat emas yang dikeluarkan syarikat Tomas Veres itu dijual dengan harga AS$9,700 (RM43,000) dengan mensasarkan golongan kaya untuk memilikinya.

Syarikat berkenaan hanya membuat 800 sikat emas sahaja dengan buatan tangan di Itali oleh tukang emas berpengalaman dan dijual bersama-sama dengan sarung yang dibuat daripada kulit burung unta, juga turut dibuat di Itali.

Sikat emas 14 karat itu berukuran 130 milimeter kali 33 milimeter itu boleh dibeli secara atas talian di Tomas Veres e-shop.

Pengemar juga boleh mengukir nama atau mesej pada sikat berkenaan namun tidak pasti sama ada dikenakan caj tambahan untuk kerja mengukir itu.

Bagaimanapun, syarikat terbabit juga ada mengeluarkan versi perak yang dijual dengan harga AS$1,180 (RM5,200) kepada pengemar yang tidak mampu.






Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Sikat Emas Dijual Pada Harga RM43,000!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top