Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Sayang, temankan abg sarapan. Isteri tak buat sarapan langsung. Pemalas nak mampus! Tunggu abg, tau. Kita breakfast kat tempat biasa."

Kisah suami, isteri dan...




 Hujung minggu isteri mengajak si suami ke pasaraya. Barang dapur sudah banyak yang habis. Sampai di pasaraya, suami tidak keluar dari dalam kereta.
"Eh, bawak anak-anak kau ni sekali!" Herdiknya. Tanpa perasan, dia membiarkan sahaja isteri dan tiga anak mereka masuk ke pasaraya. Dia melepak di dalam kereta sambil melayan whatsapp skandalnya.


Dua anaknya dimasukkan ke dalam troli. Yang paling kecil didukung dengan baby carrier.
Selesai membeli barang-barang dapur, isteri menghubungi suami kerana kereta suami tidak ada di tempat tadi. 'Dia ke mana?' Isteri check whatsapp, tak ada pula mesej dari suaminya.


Hampir sepuluh kali didail, barulah telefon diangkat. "Kau balik naik teksilah dengan anak-anak kau tu!"
Dengan air mata yang cuba ditahan, si isteri mendapatkan teksi. Syukur, tidak lama menunggu teksi pun datang. Kalau dia tahu begini, lebih baik dia pergi sendiri.


Sampai sahaja di rumah, dia mendapati kereta suaminya ada. Suami sudah balik. Dia malas hendak tegur, diam lebih baik. Sudah penat bergaduh. Dia juga yang teruk kena maki, kena sumpah seranah. Penampar dan sepak terajang sahaja yang belum.


Hairan. Ada kasut perempuan di luar. Isteri pulas tombol pintu. Dalam bilik tidurnya dan suami, terdengar bunyi pelik yang tidak asing lagi baginya. Perlahan-lahan isteri keluar dari rumah dan membawa anak-anaknya sama. Hatinya remuk redam.


Segala kepercayaan dikhianati. Tidak lama dia pergi, pegawai agama tiba dan menyerbu rumah mereka ketika suami sedang sedap-sedap bermaksiat. Sebelum keluar tadi, isteri sengaja tidak mengunci pintu dan terus menghubungi pegawai agama. 


Terdapat beberapa jiran menjadi saksi melihat suaminya membawa perempuan ke rumah. Dan, paling mengejutkan... perempuan itu dilihat kerap ke rumah mereka!
Enam tahun berlalu. Dia bukan lagi isteri, tapi si janda berhias yang bahagia bersama anak-anaknya.



Bekas suami sudah bernikah dengan perempuan yang ditangkap basah dengannya, enam tahun lalu. Perempuan itu juga isteri orang. Diceraikan suaminya serta-merta dengan talak tiga sekaligus selepas ditangkap basah.


'Aku hanya menghambakan diriku kdpadaMU. Menumpukan cinta kepadamu amat membahagiakan. ENGKAU takkan sama sekali menyakitiku. Kekalkanlah kecintaan ku ini kepadaMU, hingga ke akhir hayatku. Aamiin.'
Sejak enam tahun lalu, itulah doanya. Dia nekad, tidak akan terpedaya lagi pada cinta manusiawi. 


Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat semua.
Syukran jazilan, admin



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA "Sayang, temankan abg sarapan. Isteri tak buat sarapan langsung. Pemalas nak mampus! Tunggu abg, tau. Kita breakfast kat tempat biasa." . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top