Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Saya menekan brek dan beberapa kali mengelak nasib saya baik tidak terlanggar mayat dan kenderaan itu kalau tidak saya turut terbabit dalam kemalangan itu,"


#LAGI_UPDATE

#12_DEC_2016 #LPT2 #CERITA_DARI_SAKSI_KEJADIAN
INNALILLAHWAINNAHIROJIUN 😔😔😔😔

#NAHAS_LPT2 ~ Saya sangat takut apabila lihat penumpang tercampak.
#CHUKAI ~ "Saya sangat takut apabila melihat penumpang kereta itu tercampak keluar dari kenderaan," kata Nazirah Embong, 39, menceritakan kejadian kemalangan yang meragut enam nyawa di kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat susur keluar Chukai, petang semalam. 

Nazirah berkata, ketika kejadian dia memandu Proton Saga BLM dari Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu bersama ibu dan adiknya, kira-kira jam 5.30 petang. 

"Saya memandu di lorong kiri manakala kenderaan MPV Hyundai Starex dinaiki keluarga itu di lorong kanan di depannya.
"Kenderaan itu agak laju dan tiba-tiba saya terdengar satu letupan kuat sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu lalu terbabas merempuh penghadang kiri jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Katanya, rempuhan kuat itu menyebabkan enjin kenderaan itu tercampak keluar dan terjatuh di sebelah kanan lebuh raya dalam jarak, kira-kira 50 meter.
"Beberapa penumpang serta pelbagai barangan di dalam kenderaan itu tercampak keluar di atas lebuh raya. 

"Saya menekan brek dan beberapa kali mengelak nasib saya baik tidak terlanggar mayat dan kenderaan itu kalau tidak saya turut terbabit dalam kemalangan itu," katanya. 

Nazirah berkata, dia yang ketakutan berhenti di tepi lebuh raya dan tidak berani ke tempat kejadian untuk memberi pertolongan.
"Saya sangat takut dan berdoa agar tiada kemalangan jiwa berlaku namun saya dimaklumkan beberapa pengguna jalan raya yang memaklumkan lima maut ketika itu," katanya.

Nazirah Embong (kiri) menenangkan ibunya yang ketakutan selepas menyaksikan kemalangan maut meragut enam nyawa di KM288. 6, LPT2, petang semalam.
#SAKSI_NAZIRAH_EMBONG



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA "Saya menekan brek dan beberapa kali mengelak nasib saya baik tidak terlanggar mayat dan kenderaan itu kalau tidak saya turut terbabit dalam kemalangan itu,". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top