Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

'Saya hilang anak dan ibu bapa sekelip mata'

'Saya hilang anak dan ibu bapa sekelip mata'
Isnin, 12 Disember 2016 @ 7:47 AM
----------------------------------
Oleh Rosli Ilham


Busyarah Ahmad Razis, kehilangan kedua ibu bapa dan anak perempuannya dalam nahas di Kilometer 288.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai di Kemaman, petang semalam.

CHUKAI: "Saya hilang anak dan ibu bapa sekelip mata," sayu kata-kata Busyarah Ahmad Razis, 35, selepas ibu bapa, anak perempuan serta tiga lagi ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat sini, petang semalam.

Nahas kira-kira jam 5.30 petang semalam itu meragut nyawa ibu bapa Busyarah, Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, dan Pauziah Awang, 56, serta anaknya Sofea Adriana Shahruddin, 7.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah ibu saudara Busyarah, Mahani Ngah, 42, dan dua anak Mahani, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.
Kemalangan turut menyebabkan empat lagi parah iaitu pemandu kenderaan serba guna (MPV) Hyundai Starex yang juga suami Mahani, Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, dan tiga anak mereka iaitu Quratul Ain, 14; Ahmad Shakir, 12; dan Ahmad Mukriz, 3.

Busyarah yang tinggal di Shah Alam, Selangor berkata, beliau mengadakan kenduri akikah dan doa selamat di rumah mentuanya di FELDA Jengka 10, Pahang, semalam.

"Saya ajak kedua ibu bapa bersama ke Jengka dan kami tiba jam 8 malam semalam (kelmarin). Secara kebetulan bapa saudara, Ahmad Nasal sekeluarga bercuti di Bukit Fraser, Pahang dan ayah menjemputnya sekali ke majlis itu. Mereka menginap di sebuah inap desa di Jengka," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, bapanya teringin bercuti di Kuala Terengganu dan dalam masa sama kedua ibu bapanya teringin menziarah adiknya yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Saya dan suami tidak ikut dan membenarkan Sofea Adriana yang teringin mengikuti datuk dan neneknya ke Kuala Terengganu dan mereka bertolak kira-kira jam 3 petang selepas majlis kenduri itu. 

"Sofea Adriana tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik dan dia sempat bersalam dan mencium saya sebelum bertolak," katanya.
Busyarah berkata, kedua ibu bapa dan anaknya menaiki kereta bersama Ahmad Nasal sekeluarga dan beliau terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan keluarganya terbabit kemalangan.

"Saya dan suami bergegas ke tempat kejadian dan dalam perjalanan saya dimaklumkan kedua ibu bapa meninggal, sebelum sekali lagi menerima berita sedih Sofea Adriana turut meninggal," katanya.
Beliau berkata, jenazah kedua ibu bapa dan anaknya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pagi ini..
sent by Berita Harian
BI1M'SIA
NKC
ISDDLN



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA 'Saya hilang anak dan ibu bapa sekelip mata'. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top