Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Remaja maut ditetak selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali berhampiran pusat hiburan


Remaja maut ditetak
------------------


Kota Kinabalu: Remaja lelaki maut, tiga parah selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali berhampiran pusat hiburan diJalan Coastal, Kota Kinabalu, hari ini. 

Dalam kejadian 4.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di dahi dan lehernya di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, ketika kejadian mangsa bersama tujuh rakannya yang berusia antara 18 hingga 20-an dikatakan baru sahaja keluar dari pintu pusat hiburan berkenaan.
"Sebaik sahaja kumpulan remaja itu keluar, mereka terserempak seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima bangunan terbabit.

"Siasatan awal kemudiannya mendapati suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja itu, bersama seorang sepupu lelakinya.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut mencapai sebilah parang lalu menghayunnya ke arah kumpulan remaja berkenaan dan seorang mangsa kemudiannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher sehingga menyebabkannya mati di tempat kejadian, " katanya.

  Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh..
sent by Harian metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Remaja maut ditetak selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali berhampiran pusat hiburan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top