Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pesawat Polis Terhempas Di Pulau Batam, Cebisan Mayat Di Temui Nelayan

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat ringan milik polis Indonesia dilaporkan terhempas di perairan Pulau Batam Indonesia pagi tadi dengan 12 penumpang berada di dalamnya sewaktu nahas.


gambar hiasan

Menurut laporan The Straits Times Singapura, pesawat jenis M-28 Skytruck ditemui oleh nelayan berhampiran Pulau Senayang, dalam wilayah Riau sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan, cebisan mayat turut ditemui di sekitar bangkai pesawat dan dipercayai tiada mangsa yang terselamat.

Susulan itu pihak berkuasa Indonesia telah menghantar tiga kapal tentera laut dan dua bot bagi operasi mengesan pesawat dan mangsa.

Mereka yang berada di dalam pesawat antaranya terdiri dari pegawai polis dan kru penyelenggaraan.
Pesawat malang itu dilaporkan dalam perjalanan ke Batam dari Pangkal Pinang dalam kepulauan Bangka-Belitung sebelum dilaporkan hilang dari radar sekitar jam 10 pagi.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pesawat Polis Terhempas Di Pulau Batam, Cebisan Mayat Di Temui Nelayan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top