Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pelakon Terkenal Tanah Air Zakaria Yusof Meninggal Dunia

Petaling Jaya – Pelakon yang terkenal menerusi watak antagonis, Zakaria Yusof meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.

Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak. – mStar



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Pelakon Terkenal Tanah Air Zakaria Yusof Meninggal Dunia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top