Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pecah Amanah Dan Rasuah Di kalangan Pemimpin Berjawatan Besar Ini Nasihat Sultan perak

TANJUNG MALIM - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kebelakangan ini dilaporkan begitu banyak berlakunya perbuatan pecah amanah di dalam negara.

Baginda bertitah, berdasarkan berita yang tersiar di dalam pelbagai saluran media, perlakuan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah berlaku pada skala yang sangat besar.

Sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah, serta nafsu tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia, adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

"Lebih membimbangkan, apabila laporan turut menunjukkan perlakuan rasuah dan pecah amanah dilakukan secara lebih berani dan lebih terbuka dan dilakukan oleh golongan yang berjawatan besar dan berpelajaran tinggi.

"Sejarah menunjukkan bahawa perbuatan pecah amanah dan rasuah, serta nafsu tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia, adalah faktor yang menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

"Seseorang insan yang memiliki sifat takwa, akan insaf bahawa tugas adalah satu amanah Ilahi dan tidak akan berani mengubah sesuatu hukum," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim, di sini hari ini. - K! ONLINE



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pecah Amanah Dan Rasuah Di kalangan Pemimpin Berjawatan Besar Ini Nasihat Sultan perak . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top