Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

PAS Semakin Tertekan, Mahathir Ugut PAS Dengan Kenyataan Ini

SHAH ALAM: Jika terpaksa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti pembangkang yang lain akan meninggalkan PAS dan tidak akan menunggu lebih lama. 

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang terpaksa membuat keputusan dan menuju kepada usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN), pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.

“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru," ujar Dr Mahathir pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP, hari ini.

PAS sebelum ini berpatah arang berkerat rotan, enggan lagi menjalinkan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP serta parti serpihannya, AMANAH, menerusi Pakatan Harapan.

PAS kini lebih selesa bersendirian tanpa perlu terikat dengan mana-mana parti.

Pun begitu, perkembangan itu bakal memberi kesan  kepada usaha mewujudkan pertandingan satu lawan satu pada PRU akan datang.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa parti pembangkang termasuk PAS bergabung dan menjatuhkan Umno BN pada pilihan raya akan datang.

Ujarnya, kegagalan parti pembangkang bersatu menyebabkan pembangkang gagal mengambilalih Putrajaya daripada Umno BN, sejak lebih 50 tahun yang lalu.






Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA PAS Semakin Tertekan, Mahathir Ugut PAS Dengan Kenyataan Ini. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top