Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Myanmar Beri Amaran Kepada Malaysia, Ini Kenyataan Balas Malaysia Terhadap Kerajaan Zalim Myanmar

KUALA LUMPUR: Wisma Putra secara tegasnya membantah kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay, yang meminta agar Malaysia tidak campur tangan dalam hal dalaman negara berkenaan.


Ia susulan laporan yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar memandang berat krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine, selain bimbang ia memberi kesan limpahan yang akan menjejaskan keselamatan dan kedudukan Malaysia, sebagai negara jiran ASEAN.

Justeru dalam konteks itu, Malaysia membenarkan tunjuk perasaan besar-besaran membantah keganasan di wilayah Rakhine itu diadakan.

U Zaw Htay dalam laporan Myanmar Times pada Jumaat meminta Malaysia agar menghormati kedaulatan negara mereka serta berpegang kepada prinsip tidak mencampuri hal dalaman negara ASEAN.

Dalam laporan berkenaan, Zaw Htay turut mendakwa penganjuran tunjuk perasaan itu adalah satu keputusan politik yang diatur untuk menarik sokongan rakyat Malaysia dan tidak ada kaitan dengan Myanmar.

Mengulas kenyataan itu, Wisma Putra menegaskan Malaysia tidak akan berpeluk tubuh sementara ribuan rakyat Rohingya yang tidak bersalah dibunuh dalam pembersihan etnik yang dibenarkan pemerintah mereka.

"Sebagai jiran dan anggota yang bertanggungjawab dalam komuniti antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia untuk memastikan rakan sekerja ASEAN mengambil langkah yang proaktif untuk mencegah situasi itu daripada terus merosot."

"Malaysia sedia maklum tentang mengetahui prinsip-prinsip pembentukan ASEAN, selaku negara pengasas organisasi serantau itu," menurut kenyataan media itu.

Tambah kenyataan itu lagi, dengan bilangan warga Rohingya yang tinggi di Malaysia, melibatkan kira-kira 56,000 orang dan ratusan ribu lagi rakyatnya di negara-negara jiran lain bermakna ia bukan lagi suatu masalah dalaman, sebaliknya masalah antarabangsa.

"Hakikatnya, apabila hanya satu etnik tertentu diusir keluar, mengikut definisi, ialah pembersihan etnik."

Justeru Kementerian Luar mendesak supaya amalan itu dihentikan serta-merta untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

"Malaysia tidak perlu mengingatkan U Zaw Htay tentang krisis bot hanyut pada 2015 yang akhirnya menjadi isu serantau dengan negara-negara jiran Myanmar terpaksa menanggung beban negara itu."


"Adalah dengan itu, Malaysia telah berkali-kali menawarkan bantuan kepada kerajaan Myanmar dalam mencari penyelesaian bagi mencari penyelesaian segera yang adil dan berpanjangan terhadap isu penindasan Rohingya di utara Rakhine," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa satu tunjuk perasaan akan diadakan pada Ahad bagi menyuarakan kebimbangan akan keganasan ke atas Rohingya di Myanmar.

Himpunan yang bakal diadakan di ibu negara itu dijangka dihadiri pimpinan negara, termasuk Perdana Menteri.

Pada minggu lalu, kira-kira 1,000 prang termasuk warga Rohingya di Malaysia berhimpun menunjuk perasaan di luar kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Myanmar Beri Amaran Kepada Malaysia, Ini Kenyataan Balas Malaysia Terhadap Kerajaan Zalim Myanmar . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top