Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kerajaan Terpaksa naikkan Kadar Tol Tahun Depan, Atau Terpaksa Bayar Pampasan RM60 Juta

Kadar Tol naik di lebuh raya Guthrie, Lekas tahun depan

Sekiranya tidak, kerajaan terpaksa bayar hampir RM60 juta, kata menteri.
KUALA LUMPUR: Empat lebuh raya akan dibenarkan menaikkan kadar tol pada tahun depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.


Dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Fadillah berkata ia termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL).

Beliau berkata kerajaan dianggarkan membayar pampasan berjumlah RM59.77 juta kepada syarikat konsesi di 4 lebuh raya itu sekiranya tol tidak dinaikkan.

Menjawab soalan Lim mengapa kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak dimansuhkan, Fadillah berkata ia kerana kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya iaitu pada 1999, 2002 dan 2011.

Ini bermakna konsesi tol lebuh raya PLUS termasuk Lebuhraya Utara Selatan akan hanya berakhir pada 31 Disember 2038, katanya



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kerajaan Terpaksa naikkan Kadar Tol Tahun Depan, Atau Terpaksa Bayar Pampasan RM60 Juta . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top