Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam


LAWAS, SARAWAK - Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam oleh suspek yang dipercayai ahli keluarganya sendiri, malam tadi. 


Dalam kejadian di Kampung Awat-Awat, mangsa parah ditikam di bahagian perut dan ususnya hampir terburai selepas diserang suspek yang berusia 52 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental. 


Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, tikaman suspek telah menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian perut.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Lawas untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

"Suspek yang tidak memakai baju cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang kampung sebelum diserahkan kepada polis di Balai Polis Lawas pada tengah malam," katanya.

Senjata yang digunakan suspek juga masih belum ditemui. Motif kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top