Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Keluar umah cantik2 wangi2 tempat tido kita sampai berbau. Cadar pon entah bila last tukar. Ingat dengan jaga penampilan jaga badan makan jamu semua tu dapat ikat suami ke?

Salam admin. Kat sini saya nak cakap sesuatu untuk disampaikan pada isteri2 (suami pon skali) kat luar sana. Maaf kalau ada yang terasa. Tq admin. Nie untuk kak ipar dan abang aku skali. Hahha. First sekali saya nak bagitau.
 
sekadar gambar hiasan tiada berkaitan dengan isu ni

Tak semua suami curang untuk sedap semata2, ada yang perlukan perhatian atau orang yang amik berat tentang dia. Kalau kita masak pon sebulan sekali, suami pon hari2 makan nasi bungkus, baju suami pon suami sendiri hantar dobi, rumah pon macam reban ayam. Jangan tanya suami kenapa dia curang. Tanya diri bila last kita tanya suami dah makan ke belum? Tanya diri bila last kita tanya ''abang ok ke tak?' Atau 'abang ada masalah ke?' Kalau bab umah bersepah ok paham la kalau anak2 kecik isteri nk urus diri sendiri pon tak sempat kan. Jangan jadikan kerjaya sebagai alasan. 


Keluar umah cantik2 wangi2 tempat tido kita sampai berbau. Cadar pon entah bila last tukar. Ingat dengan jaga penampilan jaga badan makan jamu semua tu dapat ikat suami ke? 


Orang tua2 dah kata nak ikat suami jaga perut dan tempat tido dia. Benda palinggg penting. Lagi satu kalau gaduh atau ada masalah dengan suami tak perlu la nak libatkan keluarga samaada keluarga sendiri atau keluarga mertua. Mulut nie kalau dah berkata2 tuan punya badan pon tak sedar, tapi orang yang mendengar sampai bila2 dia ingat.


 Ingat bila kita dah cakap macam2 kat orang benda bole baik macam sebelum nie ke? Bila family dengan family dah start kata sesama sendiri ingat benda bole jadi macam dulu ke? Silap2 menantu tak balik umah mertua. Besan pon jumpa selisih bahu pon buat tak kenal.

 Lantak la orang nak kata apa baik ipar ke biras ke adik beradik sendiri ke. Mulut orang mana mampu nak tutup. Yang penting jaga mulut sendiri. Jangan kita sibuk mngata mulut orang jahat mulut sendiri berbau tak sedar.
Lagi satu kalau suami tu baran ke kaki barang atau suka pukul2 ke jangan jadikan anak2 sebagai alasan kita untuk teruskan hubungan. Anak2 mental dia akan terjejas kalau hidup dalam keadaan huru hara.


 Cuba tanya diri sendiri. Kita stay sebab anak atau sebab perasaan kita sendiri? Benda nie bukan untuk isteri je. Tapi untuk suami jugakk. Kalau tau isteri tak cukup masa nak uruskan semua tak payah la balik je mengadap phone. Tolonlg la mana yang boleh. Sekarang trend suami/isteri curang.


 Sedih sangat dengar. Tapi tula cuba tengok diri sendiri sebelum tengok salah silap pasangan. Nie tak suami curang je kata suami gatal nak sedap je. Bila tengok suami curang dengan anak dara mula kata suami nie gatal tak sedar diri nak yang muda je. Bila dengan janda kata janda nie merenyam je. Dan suami tengok apa masalah kita sebelum nak burukkan isteri tak kira la kat keluarga atau pon orang luar. Dan Jangan la sebab suami bagi duit 200 kita nak hina suami. Kalau itu yang dia mampu, itu kan rezeki. Ramai lagi yang makan nasi lauk garam, naik moto buruk tapi bahagia je.


 Anak2 terjaga je. Yang penting TANGGUNGJAWAB. Ramai yang suami langsung tak bagi duit. Semua atas isteri. Kalau mana yang tak kerja tu tolong la jangan goyang kaki je. Tolong la kemas umah basuh baju ke apa. Dah isteri dah kerja kan. Cuba kita selami hati pasangan kita. Penat lelah dia.


Last sekali mulut kita jaga. Tau lah marah kalau suami nsk kawen lain kan. Tapi jangan kerana marah, kata2 kita seolah2 menidakkan hak yang allah bg kt suami kita. Jgn kita hina org itu ini. Ank2 adk beradik kita blom tau nasibnya. Nnt kalau dah jodoh dgn suami org apa perasaan kita kalau org ckp kt keluarga kita mcm tu?


 Dan Suami ingat la susah payah ank isteri sebelum awk kt tempat awk skrg nie. Tak semua pompuan mampu hadap kesusahan. Dan awk yakin ke dia yg awk puja skrg nie mampu berdiri bersama awk bila awk kt bwh suatu hari nnt? Tp sy percaya tak semua mcm tu. Bila kita dah sedaya upaya pertahankan, tapi masih tak berubah, tuhan itu ada. Dia sentiasa ada. Mtk doa dan mtk petunjuk. Semoga apa yg kita dpt terbaik buat kita.



 Kerana suami, isteri dan anak2 semua nya amanah dr tuhan dan semuanya akan disoal nnt. Jgn kerana nafsu dan tak redha kita suami isteri bawak kita ke neraka. Kita kan nk masuk syurga sama2. Fuhh byk btol benda nk ckp. Sorry ayat terabur dan sorry kalau ada yg terasa. Tq admin.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Keluar umah cantik2 wangi2 tempat tido kita sampai berbau. Cadar pon entah bila last tukar. Ingat dengan jaga penampilan jaga badan makan jamu semua tu dapat ikat suami ke?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top