Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hasanuddin Bidas Najib Isu Rohingnya Jangan Nak Jadi Hero, Ini Kenyataan Penuh Beliau Yang Patut Anda Tahu

Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus merasmikan konvensyen pertama AWAN hari ini.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bersama-sama dalam Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok adalah pelik kerana tindakan itu seperti cuba mendesak diri sendiri membela tragedi di utara Myanmar itu.


Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Hasanuddin Mohd Yunus berkata, tindakan sebuah kerajaan bukan hanya berhimpun tetapi terus bertindak menghadapi musibah itu.

“Parti Amanah, 24 November lalu melalui ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah telah membawa usul ini tetapi ditolak pegitu sahaja oleh speaker parlimen dan tidak disokong pihak kerajaan.

“Sedangkan beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Dr. Mariah Mahmood, Tian Chua dan Liew Chin Tong menyokong,” katanya ketika merasmikan konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) kali pertama di hotel KIP, Selayang hari ini.
Click Here

Satu perhimpunan solidariti bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya dijadual berlangsung esok di ibu negara yang antaranya akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebagai kerajaan yang berkuasa katanya, Najib hanya perlu mengarahkan kementerian luar untuk mencadangkan apa-apa tindakan termasuk memutuskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang melakukan kezaliman terhadap umat Islam.

“Rakyat melihat tindakan ini sebagai satu percubaan Umno-BN untuk memulihkan diri yang telah tercedera teruk dalam senario politik muatakhir ini,” katanya.

Sebagai rakyat tidak berkuasa katanya, Amanah telah mengadakan beberapa siri perhimpunan seperti yang telah dibuat pemuda Perak dan perhimpunan di Wisma Putra.

“Tapi sekarang sudah terbalik apabila dia (Najib) turut nak jadi hero melalui demonstrasi,” katanya.

Menyentuh perjuangan sayap Wanita Amanah, beliau mahu Awan mengambil iktibar daripada usaha gigih wanita yang tercatat dalam sejarah.

“Ramai tidak sedar bahawa sumbangan wanita dalam tamadun dunia begitu besar.

“Ramai yang ditanya siapa pembuka kota Mekah akan menjawah Nabi Ibrahim a.s, walhal yang sebenar pembuka kota itu adalah Siti Hajar, isteri baginda,” katanya. – Malaysia Dateline






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Hasanuddin Bidas Najib Isu Rohingnya Jangan Nak Jadi Hero, Ini Kenyataan Penuh Beliau Yang Patut Anda Tahu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top