Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gambar-Gambar lelaki Bogel Berjalan Di Pusat Membeli Belah Kuala lumpur

SEORANG lelaki yang bertelanjang bulat dikesan berkeliaran di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, beberapa gambar memaparkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang dengan mendedahkan punggungnya turut menjadi viral di media sosial.



Memetik The Star, jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat.

“Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera.


Lelaki Jalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur

“Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian,” katanya.

Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu.


Lelaki Jalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur

“Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami).

“Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas tiada kad pengenalan diri,” kata jurucakap itu.

Lelaki Jalan Bogel Di Pusat Beli-Belah Kuala Lumpur

Difahamkan, lelaki itu berjalan tanpa tujuan di sekitar pusat beli belah berkenaan selama setengah jam sebelum dicekup pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gambar-Gambar lelaki Bogel Berjalan Di Pusat Membeli Belah Kuala lumpur . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top