Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

BN Pasti Tumbang Dalam PRU 14 Jika Perkara Yang Di Takuti Mereka Ini Benar-benar Berlaku

oleh Senduksiku Keluang

PILIHAN RAYA UMUM Ke-14 (PRU-14) mula menjadi perbualan hangat selepas Perdana Menteri, Najib Razak menyebut mengenainya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 minggu lalu.



Tidak cukup dengan itu, segala wacana bertulis yang senada dengan PRU-14 dilancarkan oleh pimpinan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penulis mengikuti rapat PAU kali ini yang dirasakan istimewa dan sedikit kelakar berbanding PAU terdahulu kerana terlalu jelas pimpinan Umno sedang ‘mengurat’ PAS demi mengekalkan kuasa.

Dengar dan lihat sahaja kebanyakan ucapan dan kenyataan media yang diungkapkan bermula daripada perwakilan Umno negeri sehinggalah Presiden Najib Razak.

Semuanya menyuarakan kesediaan bersama dengan PAS atas nama Islam, jihad, ummah dan segala kata berbunyi Arab dan seruan kebersamaan itu sama ada ikhlas atau tidak, terus menjadi persoalan.

Yang penulis nampak, tujuan mahu bersama dengan PAS itu hanyalah bertujuan mahu memecahkan perpaduan dalam kalangan parti lawan kepada Umno dan Barisan Nasional.


PANAS!!  : KJ Dedahkan Najib Rasuah Pak Arab RM20 Juta Suruh Mengaku Sebagai Pederma 1MDB - Mukhriz BACA disini --> http://lynk.my/52uQ


Gula-gula untuk mengurat PAS ialah kesudian menyokong rang undang-undang untuk memperkasa mahkamah syariah, sedia bersama menyokong pelaksanaan enakmen jenayah syariah yang lebih ketat di peringkat negeri dan mungkin juga menambah peruntukan Kerajaan Persekutuan terhadap institusi agama Islam di negeri yang ahli dan penyokong PAS ramai.

Setakat ini, usaha Umno memang berjaya dan sudah pun membelah perpaduan antara PAS, DAP dan PKR lalu melahirkan Parti Amanah Negara atau Amanah.

PKR bakal rugi banyak kerana sebilangan undi PKR hakikatnya datangnya daripada ahli dan penyokong PAS di seluruh negara.

Pada pendapat penulis, DAP sudah tersilap percaturan apabila bersikap terlau keras dengan PAS. PAS sudah tentu bertindak balas dengan bekerjasama dengan Umno yang merugikan PKR.

PKR tersepit dengan pertelagahan dua parti itu dan cuba bertindak sebagai pendamai demi memastikan kelangsungan kekuatan politik.

Umno pula sudah tidak peduli dengan pendirian parti komponen yang tidak setuju bekerjasama dengan PAS kerana yang penting ialah mengekalkan undi parti itu dalam kalangan orang Melayu.

Pendek kata, nyawa Umno dan PKR memang bergantung kepada PAS dan parti Islam terbesar negara itu yang sebenarnya menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan pada PRU-14.

Pada hemat penulis, DAP seolah-olah tidak peduli nasib rakan mereka iaitu PKR dan terus membiarkan PKR terkapai-kapai merayu sokongan PAS.

DAP sangat selesa dengan sokongan kaum Tionghua di Malaysia dan tidak salah kalau penulis katakan, DAP mahu kekal sebagai blok pembangkang terbesar selain terus menguasai Pulau Pinang. Tiada sekelumit pun keinginan mereka menuju ke Putrajaya.

Berdasarkan situasi semasa, ramalan penulis mengenai PRU-14 ialah Umno dan Barisan Nasional akan menambah kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

PKR dan Amanah akan kehilangan beberapa kerusi dan PAS pula berkemungkinan besar mengekalkan jumlah kerusi sedia ada di peringkat Parlimen dan DUN.

Melainkan PAS sedia bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah atas formula satu lawan satu, penulis sangat pasti dan teramatlah yakin Umno dan Barisan Nasional akan semakin kurang jumlah kerusinya sama ada di Parlimen atau DUN.

Bagaimana pula dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)? Jika Bersatu bergabung dengan PAS, PKR, DAP, Amanah dan menggunakan formula satu lawan satu dengan Umno dan Barisan Nasional pada PRU-14, sekurang-kurang satu negeri akan dikuasai PPBM. beritadaily.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA BN Pasti Tumbang Dalam PRU 14 Jika Perkara Yang Di Takuti Mereka Ini Benar-benar Berlaku . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top