Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Aksi pelajar bercium dan adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya dari Sekolah Swasta

*2016/12/06 Portal wowberita*
*Aksi pelajar bercium dari Sekolah Swasta*
Dua pelajar yang adegan mereka sedang bercium dirakamkan, membuat pengakuan bahawa mereka adalah individu dalam video yang menjadi viral di laman media sosial.

Pengetua Sekolah Tinggi Foon Yew, Tee Bee Tin turut mengesahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam video itu adalah dari sekolah berkenaan berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pasangan tersebut.
Beliau berkata kedua-dua pelajar berusia 13 tahun itu dan ahli keluarga mereka turut dipanggil dalam satu mesyuarat pada Isnin.

“Ibu bapa pelajar lelaki itu mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.
“Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya,” kata Tee kepada pemberita di sekolah swasta di Kampung Stulang Laut dekat sini, Selasa.

Turut hadir ibu bapa pelajar perempuan terbabit.
Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di Facebook pada Jumaat menunjukkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan.

Terdapat juga beberapa adegan lucah lain di dalam video tersebut.
Tee berkata beliau dimaklumkan bahawa pelajar dan rakannya yang berusia 20 tahun yang bekerja sebagai chef di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.

Jelas beliau, ibu bapa pelajar lelaki terbabit memberitahu rakannya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat.
Bapa pelajar terbabit turut mendakwa lelaki itu turut menggodam laman Facebook milik anaknya.
*Pendidikan seks seawal tadika diperlukan?*






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Aksi pelajar bercium dan adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya dari Sekolah Swasta. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top