Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Akhirnya Myanmar Haramkan Rakyatnya Bekerja Di Malaysia

Myanmar mengharamkan rakyatnya untuk bekerja di Malaysia berikutan hubungan dingin antara negara jiran itu ekoran bantahan berterusan berhubung isu penindasan terhadap etnik Rohingya.




Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membenarkan pembunuhan beramai-ramai berlaku ke atas etnik minoriti negara tersebut, dalam himpunan Solidariti Ummah yang dianjurkan Ahad lalu, di Kuala Lumpur.

Memetik laporan agensi berita AFP, Kementerian Imigresen Myanmar sebagai berkata, pihaknya telah menghentikan pengeluaran baru untuk rakyatnya yang mahu bekerja di Malaysia, di mana menjadi negara utama bagi sektor buruh asing.


MESTI BACA :
Akhirnya Jamal Memberi Respon Apabila Abang Kucing Ajak Fight 1 By 1 ini kenyataan jamal yang patut anda hayati--> http://lynk.my/fs2D



“Myanmar telah menghentikan penghantaran pekerja ke Malaysia buat sementara waktu mulai 6 Disember 2016 ekoran keadaan semasa yang berlaku di Malaysia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, semalam.

Malaysia menjadi negara utama bagi ribuan pekerja Myanmar, yang sebahagian besarnya berkhidmat di sektor buruh, industri makanan, kilang dan hospitaliti.- Agensi



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Akhirnya Myanmar Haramkan Rakyatnya Bekerja Di Malaysia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top