Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

tergamak ibu meminta dukun tersebut 'kasih habis' isteri saya...saya tak berdaya..saya sakit ketika itu..saya mula muntah darah, sakit di bahagian sulit

Salam wrga KRT semua, saya ingin minta pendapat..

Sy sudah setahun menghilangkan diri dari keluarga sy..iaitu ibu dan adik2 sy..sy anak sulung daripada 7 beradik..semuanya kerana mereka tidak menyukai isteri sy..
Sy benar2 dalam dilema..kalau dahulu sy usulkan utk bernikah dgn pilihan hati sy, mereka semua setuju lebih2 lagi isteri sy ini seorang yang berperwatakan menarik, educated dan berkerjaya..walaupun usianya sedekad muda dari sy..

.tetapi segalanya berubah selepas kami bertunang di mana keluarga sy berubah 100% selepas majlis pertunangan tersebut. Sebagai sorg yg benar2 kenal keluarga, sy merasakan mereka kurang senang dgn keadaan rumah keluarga pihak perempuan yang kecil dan usang..mungkin mereka expect isteri sy ni berketurunan yg kaya berdasarkan dari gaya dan perwatakannya..padahal awal2 lagi sy sudah beritahu ibu tentang latar belakang keluarganya..


Sy kenal benar keluarga sy yg gilakan harta lebih2 lagi ibu dan adik2 perempuan sy..sebab itu adik2 perempuan sy dijodohkan dgn org2 yg kaya malah ada yg nikah di thailand utk jd isteri kedua..semua itu mendapat restu daripada ibu sy.
Tapi, apabila sy bertemu pilihan hati sendiri, mereka tidak berlaku adil pada sy dan isteri..sebelum ini mereka yang beriya suruh percepatkan pertunangan sehingga adik sy tak henti2 whatsapp bakal isteri ketika itu..tapi seminggu selepas bertunang, segalanya berubah..


Ibu minta sy putuskan pertunangan dengan alasan dia tak berkenan dgn bakal isteri sy..mereka create cerita yg bakal isteri sy mengongkong sy..tidak, dia tidak mengongkong..secara logiknya, seorang yg sedang bercinta pastinya akan kerap berjumpa, macam tu jugalah sy..memang sy boleh dikategorikan sebagai anak emak, yg sgt2 taat perintah mak, sehingga dahulu sanggup berkahwin dengan adik angkat sy sendiri (sy pernah dijaga oleh keluarga angkat yg kaya) tapi oleh kerana tiada cinta, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama..

Kini setelah sy bertemu dgn wanita yg benar2 sy cinta,di usia yang menginjak 40 an, ibu sy masih ingin mengatur kehidupan sy..tidakkan dia terfikir maruah anak org juga? Suka2 hati bertunang kemudian putuskan?
Keluarga sy memfinah isteri sy menggunakan ilmu sihir, penunduk sehingga sy tergila2 kan dia..Ibu siap beri pilihan, jika sy pilih wanita itu, sy akan hilang keluarga..Sy akhirnya bernikah juga dgn pilihan hati sy tanpa pengetahuan keluarga sy..Setelah bernikah sy beranikan diri mengaku pada ibu sy, dia tidak mahu percaya malah cuma mengikat kaki sy agar sy tidak pulang kepada isteri..ibu juga menuduh isteri sy gilakan harta sy..isteri sy ahli sihir, penzina, mengongkong dan mcm2 lagi tuduhan yg sgt memedihkan hati sy sebagai suami..

Allah lebih Mengetahui..hubungan sy dan isteri berantakan di awal perkahwinan..ibu sy menyekat segala harta benda dan pendapatan sy yg selama ini sy proxy kan namanya sahaja namun tergamak dia merampas semuanya..sy memang tidak bekerja makan gaji kerana status muflis setelah dianiaya oleh seseorang yang menggunakan nama sy utk loan. Jadi, sy mencari wang melalui penyewaan aset, berniaga dan sebagainya..

tapi semua itu sy tumpang nama ibu sy..bodohkan sy? Kata ibu, "kalau kau tumpang nama bini kau, nanti kalau cerai susah..habis semua harta kau..kau guna je nama mak, sebab hbgn mak anak ni smpai mati tak putus".. awal perkahwinan ibu kerap mendesak sy menceraikan isteri..sy dan isteri 'panas', kerap bergaduh tanpa sebab sehingga sy meninggalkan isteri selama 3 bulan dan duduk bersama ibu..


Demi Allah, sepanjang sy duduk bersama ibu dlm 3 bulan tersebut, berbelas2 dukun/ustaz/bomoh yang telah ibu sy kunjungi konon2 ingin mengubati sy..tergamak ibu meminta dukun tersebut 'kasih habis' isteri sy...sy tak berdaya..sy sakit ketika itu..sy mula muntah darah, sakit di bahagian sulit, dan badan terlalu lemah..ini menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa sy telah disihir isteri..

.kesemua dukun /ustaz/bomoh yang kami kunjungi turut mengatakan bahawa sy telah disihir..ibu sy turut menanyakan tentang isteri sy..dan kesemua mereka mengatakan yg buruk2 tentang isteri sy..ibu sy memaksa sy utk percaya..selagi sy tak percaya, dia terus berhabis wang ringgit utk bawa sy berjumpa org2 yang kononnya boleh mengubati sy..entah kenapa..walaupun bermacam yg sy dengar..jauh di sudut hati ini..sy tetap enggan percaya kata2 mereka..


Isteri sy, walau ditinggalkan selama 3 bulan, masih terus cuba menghubungi sy dan ibu..namun sy tidak mampu utk bercakap dengannya apatah lagi membalas segala whatsapp dan pesanannya..kerana sy dikawal ketat oleh ibu..handphone sy juga dipegang oleh ibu..hati sy luluh...ibu paksa sy utk ceraikan isteri..jika sy tak sanggup nak lafaz, ibu sy nak bantu taipkan..tapi sy cuma berdiam..mujur ibu tidak dapat membuka lock phone sy...

Selama 3 bulan kami terpisah, sy byk habiskan masa di masjid depan rumah ibu...byk beribadat mohon petunjuk dan kekuatan..hinggalah satu hari sy mampu utk larikan diri drpd ibu dan kembali pada isteri sy..hanya Allah saja yg tahu bagaiman luluh hati sy bila bertemu isteri yg semakin susut badannya..keseorang di bandar metropolitan..bekerja utk dirinya sendiri, berdikari tnpa suami di sisi..dia tetap memaafkan sy walaupun jiwanya telah terseksa..

Sekarang sy tidak ada harta walau sesen pun daripada apa yg sy usahakan selama bertahun2..tapi jika isteri gila harta, kenapa sehingga kini dia masih setia bersama sy..?sedangkan sy tidak mampu utk menafkahi dia dari segi wang ringgit? Sepanjang perkahwinan, memang sy yg uruskan urusan dapur dan rumah, dan sy tidak jumpa satu pun yang mencurigakan tentang isteri sy..setiap hari dia hanya pergi kerja dan balik tepat pada waktu..tidak tinggal solat, rajin bgn malam, taat dan hormat sy sebagai suami..sy cukup bahagia ya Allah..

.isteri sy sering juga mengirim hadiah terutama apabila musim raya kpd ibu sy..malah dia tak jemu hantar mesej ucapan hari lahir, hari ibu kpd ibu sy walaupun satu pun tidak dibalas..usia perkahwinan kami sudah masuk tahun ke 2..dan sy masih belum mampu utk bertemu dgn ibu dan adik beradik sy..Allah maha Melihat..ada sumber terdekat yg mengadu bahawa dia ada nampak ibu sy mengasapkan gambar sy dan isteri menggunakan kemenyan..

dan ibu sy dahulu pernah terlepas cakap yg dia ada masukkan miang buluh ke dalam makanan sy supaya sy dgr cakapnya..dia juga sering minta sy minum air jampi..malah ada juga pakaian sy yg dililit dgn kain..memang keluarga ibu yg berketurunan jawa ini sgt percayakan dukun..adik beradik ibu, termasuk nenek mmg akan jumpa bomoh kalau apa2 sakit, hilang barang dan sebagainya..yang pelik, mereka ni sgt kuat solat..tapi masih percayakan benda2 syirik tersebut..
Sy sedar, syurga lelaki terletak di bawah tapak kaki ibu.

.anda mungkin akan nasihatkan sy "sejahat2 mak, dia tetap mak kita" tapi adakah sy perlu menzalimi isteri yg solehah demi seorang ibu yang derhaka? Maaf jika ayat sy terlalu kasar..tapi inilah hakikatnya..sy lebih kenal ibu sy...jika sy kembali padanya..dia pasti tidak akan benarkan sy kembali pada isteri sy..sy juga tidak mahu sakit seperti dahulu lagi..sy rasa sgt tenang sekarang walaupun kami tidak mewah mana...
Kepada emak..sy tetap mendoakan agar suatu hari nanti emak berubah...tinggalkan perbuatan syirik, mohonlah taubat dari Allah selagi ada usia..jgn lah mak sia2 kan segala amalan baik emak semata2 kerana dendam emak pada menantu yg tak bersalah..tidakkan emak terfikir, emak sibuk suruh anak ceraikan isteri, tapi akhirnya kenapa emak yg bercerai dgn abah? Dari kecil, sy dikerah tenaga oleh abah utk buat kerja2 berat demi memenuhi nafsu judinya..tubuh ni dah lali dgn sepak terajang..

telinga ini dah lali dgn maki hamun..setiap kali mak dan abah bergaduh, sy pekapkan telinga dgn bantal..sy ingin sambung belajar demi masa depan tp emak halang dgn pelbagai alasan..kini apa yg saya usahakan telah emak telan, sy halalkan ..anggap saja sebagai nafkah drpd seorang anak yg teraniaya..moga emak bahagia atas jiwa org lain yg derita...jika emak menganggap sy anak derhaka dan mendoakan kemusnahan buat sy...biarlah Allah saja menentukannya..
Kepada 6 org adik2 ku..


Saat kalian kecil, abg inilah yg memasak dan menyuapkan kalian..kaki inilah yang menghantar dan mengambil kalian dari kerja..org yg kalian hina inilah yg tempat kalian meminta belanja..tapi apabila kalian kahwini org kaya, abg ini kalian hina..tidak ada sedikit simpati kalian pada abg ini..malah kalian tuduh abg ini anak derhaka..kalian tidak pernah jadi mangsa dera abah..


jadi boneka rebut harta..kalian tak rasa semua itu..kalian mahu abg ini hidup sendiri, tapi kalian bahagia berkepit bawah ketiak laki? Utk adik2 lelaki ku, jadilah lelaki yg benar2 lelaki.nasihatilah ibu kita..kalian jgn mudah menuduh aku membabi buta..kalian belum rasa berumahtangga..belum rasa tanggungjawab memberi nafkah.abg ini doakan agar kalian cepat bertemu jodoh, dan rasailah sendiri bagaimana dihina..kerana aku tahu kalian juga tak berharta seperti aku..
Kepada isteriku..

Maafkan lah abg sekeluarga kerana membuatkan hidupmu yg sebelum ini bahagia bertukar derita..maafkan lah abg kerana segala impianmu dlm rumahtangga belum terlaksana..maafkanlah abg kerana sudah berbulan lamanya abg tak memberimu belanja..terima kasih kerana membelikan abg sebuah kereta walaupun kamu terpaksa berhutang membayarnya..terima kasih kerana adakalanya bantu abg melunaskan sewa rumah...terima kasih kerana tak berkira membayar segala bil dan belanja...percayalah, abg sedang usaha mengubah kehidupan kita..abg sedang usaha utk bangkit semula.syg tetap manja walaupun hidup tak mewah.

.syg tetap senyum dan ketawa seolah2 dunia ini milik kita..benar, abg rasa kehidupan indah setelah bersama syg..abg dapat menjadi diri sendiri tanpa perlu mengikut aturan sesiapa..walau kalau diikutkan, syg mampu mencari lelaki yg lebih baik, abg bersyukur kerana syg masih bersama abg...berdoalah syg agar kita terhindar dari gangguan2 manusia yg zalim dan syaitan yg direjam..kita tak tahu apa lagi dugaan yg mendatang..apa yg abg dengar dan tahu, mereka masih berusaha mencerai beraikan kita..jgn lupa Allah..

kita cuma ada Dia sahaja..abg doakan agar hubungan ini kekal ke jannah..tapi andainya apa2 jadi di antara kita, percayalah, syg tetapi di hati abg sampai akhir nyawa ini..
kpd pembaca sekalian..doakanlah yg terbaik buat kami..termasuk buat keluarga saya..amiin...



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA tergamak ibu meminta dukun tersebut 'kasih habis' isteri saya...saya tak berdaya..saya sakit ketika itu..saya mula muntah darah, sakit di bahagian sulit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top