Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tiara Jacquelina pilih Engku Emran kerana berpengalaman




 KUALA LUMPUR: Aktres terkenal, Tiara Jacquelina yakin kepakaran dan pengalaman Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam bidang pengurusan serta kewangan mampu membawa syarikat miliknya, Enfiniti Vision Media Sdn Bhd ke peringkat lebih tinggi.


 Menyasarkan beberapa projek besar tahun ini, Tiara memberitahu, dia yakin Engku Emran yang pernah mengetuai beberapa agensi media, mampu memberi sumbangan kepada kemajuan syarikat.

 "Tahun ini, pelbagai projek akan kami lakukan. Kepakaran Emran akan membantu melancarkan semua perancangan. "Apa yang penting, Emran teruja dengan projek kami. Malah, dia yakin apabila berbicara mengenai hala tuju dalam membawa Enfiniti ke peringkat yang lebih tinggi.

 "Saya tanya Emran apa produk Enfiniti yang menarik perhatiannya. Emran membalas dia melihat Akademi Enfinity mempunyai potensi besar selain drama unik melalui program latihan korporat yang kita perkenalkan iaitu 'PLAY'," katanya kepada BH Online. Berkongsi perkembangan terbaru, 

Tiara berkata, dia akan mengarahkan projek besar yang memerlukan fokus dan komitmen tinggi. "Jadi saya memerlukan seorang yang pakar dalam bidang industri media mengendalikan beberapa kumpulan syarikat Enfiniti iaitu Enfiniti Productions, Enfinity & Beyond dan Enfiniti Academi," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/248674








https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Tiara Jacquelina pilih Engku Emran kerana berpengalaman. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top