Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Budak lelaki Orang Asli parah di muka akibat dicakar beruang




Gua Musang: Budak lelaki Orang Asli parah di muka akibat dicakar beruang dekat kawasan hutan di Aring 8, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang, Dee Usop, 9, koyak sebahagian besar muka dan dirawat di Klinik Kesihatan Aring sebelum dirujuk di Hospital Gua Musang (HGM).

Difahamkan Dee bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5 ke hutan berkenaan untuk mencari kayu gaharu sebelum terserempak beruang dan Dee dicederakan.

Mereka kemudian berjalan keluar hutan dalam keadaan Dee berlumuran darah dan keletihan sebelum dibantu pekerja ladang swasta dikenali Fan,41.

Fan berkata, dia membawa dua beranak itu ke klinik kesihatan menggunakan pacuan empat roda ladang sebelum dirujuk ke hospital.

"Hutan itu tidak jauh daripada ladang sawit tempat saya bekerja dan sebaik melihat mereka, saya dan rakan segera bantu apa yang perlu.

"Mujurlah mereka masih larat berjalan keluar untuk bantuan, jika tidak, tak tahulah apa yang jadi ke atas mereka.

"Hutan di situ ada beruang dan kami juga pernah terserempak sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
http://www.hmetro.com.my/node/204362



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA Budak lelaki Orang Asli parah di muka akibat dicakar beruang . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top