Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala

sekadar gambar hiasan

Kuantan: Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala serta putus lima jari di Jalan Pasar, di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan dianggarkan berusia 20-an, maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 5 pagi tadi

Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.




http://www.hmetro.com.my/node/208309



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki berperwatakan wanita ditemui mati dipercayai ditembak dan ditetak sehingga terkopak di kepala . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top