Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

GADIS OBESITI-Kebas duit syarikat RM80,000 untuk kurus diri sendiri....



sekadar gambar hiasan


Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengurus Besar Kanan, Bahagian Sumber Manusia Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan peruntukkan kira-kira RM80,000 bagi tujuan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan untuk diri sendiri, hari ini.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras kira-kira jam 11 pagi tadi.

Menurut sumber, suspek dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan oleh MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak ada dalam kontrak faedah.

Difahamkan, MAHB akan membekalkan kad kredit korporat kepada pegawai yang layak untuk kegunaan rasmi.

Melalui maklumat yang dikumpulkan, kad kredit korporat itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam standard prosedur syarikat berkenaan.

Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman.
http://www.hmetro.com.my/node/208101



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA GADIS OBESITI-Kebas duit syarikat RM80,000 untuk kurus diri sendiri..... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top