Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gadis pembuli dedahkan punca sebenar beliau dan rakan pukul mangsa hingga kepala berlubang

Pelajar perempuan tingkatan satu cedera di kepala dan bahu dipercayai dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga di sekolah di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah terbabit yang memaklumkan pelajarnya cedera akibat dipukul pada 3.15 petang.

Katanya, sepasukan anggota polis ke lokasi bagi tindakan lanjut.“Siasatan awal dilakukan berdasarkan percakapan saksi mendapati mangsa berselisih faham dengan dua pelajar perempuan tingkatan tiga.


Baca : Identiti & gambar Myraa Suspek Buli Di SMK Bandar Sri Damansara 2


“Akibat perselisihan faham itu, seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

“Mangsa yang cedera di kepala dan bahu di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan dua suspek terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gadis pembuli dedahkan punca sebenar beliau dan rakan pukul mangsa hingga kepala berlubang. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top