Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

seorang kanak-kanak lelaki memegang najisnya sendiri sebelum memasukkan jari ke mulut.-kecuaian pihak taska



 SINGAPURA - Sebuah taska di Singapura didakwa mengabaikan anak-anak asuhan mereka  dan gambar-gambar pendedahan wajah sebenar taska itu viral di media sosial, lapor Stomp.

Gambar-gambar yang viral itu turut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memegang najisnya sendiri sebelum memasukkan jari ke mulut. Selain itu, kanak-kanak juga disuruh tidur di atas lantai tanpa sebarang alas, mahupun bantal.

Pengadu, Singapore Tong juga mendakwa kakitangan taska Sam's Early Learning Centre di Jalan Singapura  telah membuang susu tepung yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. Malah pihak taska tergamak memberi penghuni kecilnya itu makan buah-buahan yang hampir rosak.



Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

"ECDA ambil maklum dengan pendedahan yang viral di media sosial dan sedang menjalankan siasatan. Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak adalah keutamana ECDA.

"Di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, semua pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dikehendaki menepati piawaian yang telah ditetapkan untuk melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak," kata jurucakap ECDA.

Sementara itu, netizen di Singapura bagaikan tidak percaya perkara seperti itu boleh berlaku di negara mereka. Netizen juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik taska berkenaan. - The Reporter

http://www.thereporter.my/2017/02/taska-biarkan-anak-asuhan-makan-najis.html







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA seorang kanak-kanak lelaki memegang najisnya sendiri sebelum memasukkan jari ke mulut.-kecuaian pihak taska. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top