Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

ANGKARA CEMBURU-sanggup asid pada wajah kawan tengah tidur kerana tidak mahu dia menjadi pramugari,




Karachi: Sejak 10 tahun lalu, seorang wanita Pakistan yang asalnya jelita, menjalani banyak pembedahan bagi membentuk semula wajahnya yang rosak teruk akibat serangan simbahan asid.

Kanwal Qayyum, kini berusia 29 tahun, disimbah asid ketika sedang tidur oleh kawan perempuannya yang cemburu tidak mahu dia menjadi pramugari, menyebabkan kecederaan teruk, termasuk kehilangan hidung.

Sejak sedekad lalu, doktor melakukan pembedahan bagi membentuk semula hidung wanita malang itu menggunakan tisu pahanya.

Antara doktor dalam pasukan yang membina kembali muka wanita itu, Asim Shahmalak, dari Manchester, terbang ke Karachi bagi membina dua kening dan bulu mata kiri Kanwal menggunakan anak rambutnya, dua tahun lalu.

Minggu lalu, Dr Shahmalak yang terkenal kerana melakukan pembedahan plastik dalam kalangan selebriti, kembali ke Karachi bertemu Kanwal untuk melihat hasil kerjanya. Dr Shahmalak antara segelintir pakar bedah di dunia yang mampu melakukan pembedahan pindahan bulu mata dan kening.


Pakar bedah Asim Shahmalak dari Manchester yang melakukan pembedahan plastik membina semula kening dan bulu mata Kanwal

Kanwal yang kini sedang dalam proses membentuk semula hidungnya, berkahwin dua tahun lalu, sejak mempunyai kembali kening dan bulu mata.

“Terima kasih saja tidak cukup kepada doktor (Dr Shahmalak) yang mengubah muka saya,” kata Kanwal.

Asid yang digunakan bagi menyerang Kanwal boleh dibeli dengan harga hanya beberapa ringgit di hampir kebanyakan kedai namun akibat yang ditanggung Kanwal tidak tergambarkan.

Dr Shahmalak berkata: “Kanwal antara wanita yang berani dan tabah pernah saya temui.

“Amat menggembirakan dia kini menemui kebahagiaan dalam hidup dan berkahwin. - DM
http://www.hmetro.com.my/node/208148



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA ANGKARA CEMBURU-sanggup asid pada wajah kawan tengah tidur kerana tidak mahu dia menjadi pramugari,. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top