Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

nilah wajah bakal isteri Hans Isaac seorang modelling dan Miss Tourism International



Ratu cantik pilihan Hans Isaac untuk tamatkan zaman bujang
Hans dan Aileen Gabriella umumkan ikatan antara mereka di ibu negara hari ini. - Astro AWANI / Mariah Ahmad


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit popular Datuk Hans Isaac, 45, mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini.

Dalam satu sidang media yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur hari ini, Hans turut berkongsikan beliau sudah bertunang dengan pasangannya pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

"Pertemuan pertama kami adalah pada 2011 ketika Gabriella menyertai Miss Tourism International dan saya adalah jurinya.

"Namun kami mula menjalinkan hubungan sebagai kekasih pada tahun lalu," jelas Hans.

Kata Hans, cara Gabriella membawa diri dan sikap santunnya menjadikan beliau tertarik hati dengan gadis tersebut.

Gabriella Robinson turut aktif di media sosial. Ketika ini beliau mempunyai lebih 10.7 ribu
pengikut di Instagram.

Sementara itu, bagi Gabriella jurang usia 17 tahun antara mereka bukan penghalang untuk memahami pasangan masing-masing.

"Walaupun Hans sibuk dengan kerjanya namun Hans tetap bertanggungjawab dan mengutamakan keluarganya. Itu menarik perhatian saya.
"Perwatakan Hans yang sangat teratur turut mengajar saya banyak perkara. Keperibadiannya yang sangat positif turut menjadikan saya lebih positif," tambah Gabriella dalam sidang media yang sama.

Hans dan Gabriella akan melangsungkan perkahwinan mereka di Gereja St John Cathedral, Kuala Lumpur.

Tag: hans isaac, Aileen Gabriella Robinson, berkahwin, selebriti malaysia



http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ratu-cantik-pilihan-hans-isaac-untuk-tamatkan-zaman-bujang-133917





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA nilah wajah bakal isteri Hans Isaac seorang modelling dan Miss Tourism International . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top