Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

gempar-budak lelaki dipenggal kepala, dilapah dan dagingnya dimakan seorang lelaki disyaki penagih dadah.

Penggal, lapah, makan

Pilibhit, India: Daerah Amariya di Uttar Pradesh gempar dengan kejadian seorang budak lelaki dipenggal kepala, dilapah dan dagingnya dimakan seorang lelaki disyaki penagih dadah.

Menurut hindustantimes.com, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dikenali sebagai Mohammad Monis sedang bermain di luar rumahnya bersama kanak-kanak lain apabila lelaki itu, dikenali sebagai Nazim Miyan, 20-an, membawanya ke sebuah rumah di kawasan itu dan membunuhnya.

Penduduk yang mencari mangsa menemui lelaki itu dalam rumah berkenaan lalu menghubungi polis. Polis yang tiba mendapati lelaki berkenaan duduk di sebelah mayat budak itu yang sudah dipotong-potong.

Ketua Polis Pilibhit. Devranjan Verma, berkata anggota polis terkejut melihat keadaan yang mengerikan itu - kepala mangsa di tepi tubuh yang dipotong dengan kulit serta bahagian dada sudah hilang manakala organ dalaman dan darah bersepah di lantai.

Polis turut menemui pisau dan penggali tanah di tempat kejadian.
Lelaki itu yang tidak melawan ketika ditahan, dibelasah penduduk ketika dibawa keluar sebelum diselamatkan polis.

Orang ramai kemudian berkumpul di depan balai polis menuntut lelaki itu dibunuh.
Nazim dibawa ke mahkamah semalam, untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan pelbagai tuduhan, termasuk membunuh dan menculik.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA gempar-budak lelaki dipenggal kepala, dilapah dan dagingnya dimakan seorang lelaki disyaki penagih dadah.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top