Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

TANGKAI URI ATAUPUN TALI PUSAT MENENTUKAN BILANGAN MENGANDUNG???




 Viral satu artikel yang menceritakan cara-cara untuk mengetahui bilangan anak yang boleh dilahirkan dengan hanya melihat uri sahaja.
Dalam artikel tersebut ada menyatakan dengan melihat tangkai uri ataupun tali pusat dan membilang biji2 yang berada di atasnya akan dapat menentukan berapa kali kita boleh mengandung. Bukan itu sahaja bilangan biji tersebut akan berkurangan setiap kali mengandung.

Disini kami ingin menerangkan beberapa perkara:
1) Biji yang dilihat pada tangkai uri ataupun tali pusat bukanlah biji yang luar biasa. Ia merupakan saluran darah jenis vena
Tali pusat bayi mempunyai 3 salur darah iaitu:
● 2 saluran darah arteri yang membawa darah dari bayi ke uri (placenta). Salur darah arteri selalunya mempunyai kecil(diameter kecil) dan mempunyai dinding saluran darah yg tebal.

●1 saluran darah vena yg membawa darah daripada uri balik kepada bayi. Salur darah vena mempunyai diameter yang besar dan mempunyai dinding yang nipis. Oleh itu, darah yg berada di dalam saluran vena boleh dilihat pada tali pusat kerana dindingnya yang nipis. Inilah yg membentuk kelompok-kelompok biji yang terlihat seolah2 seperti berudu.

Dan bilangannya tidaklah bergantung pada berapa banyak anak yang akan dilahirkan. Tetapi ia bergantung kepada panjang tali pusat tersebut.
2) Telur ataupun istilah yg lebih tepat iaitu oocyte telah pun dihasilkan sebelum seseorang bayi perempuan itu lahir lagi.

Setelah ia lahir, lebih kurang 300 ribu oocyte berada di dalam ovari seseorang perempuan. Jumlah oocyte yg banyak ini bukanlah menunjukkan berapa banyak kali dia boleh mengandung.

Ini kerana setiap kali kitaran haid, 3 - 4 oocyte akan mengalami proses pematangan kepada oocyte sekunder. Dari beberapa oocyte yang menjalani proses pematangan tersebut, hanya satu sahaja yg akan berjaya menjadi oocyte sekunder dan dilepaskan kedalam rahim. Oocyte inilah yang akan berpeluang untuk bersenyawa dengan sperma. Kebarangkalian adalah rendah untuk menghasilkan lebih drpd 2 oocyte sekunder pada satu kitaran haid.
3) Kebolehan sesorang itu mengandung bergantung kepada banyak faktor. Sebagai contoh:

● Kedudukan ataupun posisi rahim.
●Keadaan tiub Fallopio
● Kehadiran penyakit gynaecology yg lain seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya


● Sejarah mempunyai kandungan di luar rahim

Lelaki jugak mempunyai pelbagai faktor yg menyebabkan perempuan tidak boleh mengandung. Sebagai contoh:
● Mati pucuk. Boleh disebabkan pelbagai perkara seperti merokok, kencing manis, darah tinggi, sesetengah ubat darah tinggi dan pelbagai lagi
● Ejakulasi pra-matang yg menyebabkan sperma tidak masuk ke dlm serviks
● Kualiti sperma yg rendah disebabkan merokok
● dsbnya


Kesimpulan di sini, saya ingin membuatkan semua pembaca faham yang kebolehan seseorang itu mengandung tidak terletak pada tali pusat anaknya.
Tetapi ia bergantung kepada pelbagai faktor yg mempengaruhi perkara tersebut.
Sekian

Gambar 1: Post berkenaan
Gambar 2: anak panah itu menunjukkan biji 'berudu' yang diperbincangkan




Root of Science berkongsi kiriman Pseudoscience Watch.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA TANGKAI URI ATAUPUN TALI PUSAT MENENTUKAN BILANGAN MENGANDUNG???. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top