Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gambar-gambar Pendedahan Hasil Rasuah Anak Pemimpin UMNO Johor hingga menyebabkan kerugian mencecah jutaan Ringgit

Kesemua suspek disyaki bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menangkap 6 individu dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.




Keenam-enam suspek berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan SPRM kira-kira 8.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, mereka yang ditangkap merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan Johor, 2 orang pemaju, 1 peguam, dan 1 orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu.

“Menerusi maklumat awal yang diperolehi, kesemua suspek disyaki telah bersubahat dalam pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis-premis di Johor.

“Kegiatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada hasil pendapatan kerajaan Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azam berkata, dalam operasi berkenaan, SPRM juga merampas 21 kereta mewah, 5 motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan.



“SPRM kini dalam proses meneliti semua dokumen yang dirampas berhubung penyelewengan hartanah di Johor.

“Sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan lebih kurang RM15.5 juta juga telah dibekukan bagi membantu siasatan,” katanya.SPRM akan memanggil beberapa orang lagi saksi bagi membantu melengkapkan siasatan.

Penolong pendaftar Noor Hidayah Abdul Manaf membenarkan kesemua suspek direman selama 7 hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi jika didapati bersalah.

 
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, Dzulkefly Ahmad mahu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanggungjawab sepenuhnya dalam kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri berkenaan.

Kata beliau, ini kerana ianya melibatkan anak exco, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Johor dan setiausaha kerajaan (bahagian Perumahan) yang terletak di bawah portfolio menteri besar sendiri.

"Menteri besar perlu tampil dengan penjelasan kenapa ketirisan dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan Johor berlaku secara terbuka akhir-akhir ini. Isu ini telah menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan.

Semalam, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu.

"Saya tidak mahu komen, biar SPRM siasat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penahanan enam lelaki termasuk anak dan pegawai khas seorang pegawai kerajaan negeri Johor yang dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di negeri itu.




Pada hari yang sama, enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 8.30 pagi.

Turut ditahan dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal tersebut.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, AMANAH negeri Johor mendesak supaya pihak SPRM membuat siasatan secara telus dan pendakwaan perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat menerima hukuman yang setimpal.http://otai-bersih.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Gambar-gambar Pendedahan Hasil Rasuah Anak Pemimpin UMNO Johor hingga menyebabkan kerugian mencecah jutaan Ringgit. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top