Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Selepas 1MDB Najib dikaitkan pula kerugian FELDA sebanyak RM654 Juta

Felda Global Ventures Berhad (FGV) perlu menjelaskan ke mana wang deposit pembelian saham PT Eagle High Plantations (EHP) berjumlah RM654 juta disalurkan dalam keadaan Felda menghadapi masalah kewangan untuk membiayai pembelian saham syarikat terbabit.


 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, jika syarat Perjanjian Awal dipatuhi EHP perlu membayar kembali wang deposit RM654 juta kepada FGV setelah syarikat milik Felda itu menarik diri daripada membeli saham syarikat terbabit.

Bagaimanapun kontroversi baru timbul apabila Felda pula dilaporkan berminat untuk membeli kepentingan dalam EHP walaupun menghadapi masalah kewangan.

"Walaupun berita pembelian PT Eagle High Plantations oleh Felda telah menjadi pengetahuan umum, ada beberapa perkara yang mungkin rakyat terlepas pandang dan perlu diberi perhatian segera.

"Rancangan asal pembelian saham-saham (EHP) milik sahabat baik Datuk Seri Najib ini sebenarnya bukanlah melibatkan Felda tetapi syarikat senaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV). Felda digunakan setelah pembelian oleh FGV gagal atas sebab-sebab yang masih belum diketahui sehingga kini," ujar Rafizi dalam satu kenyataan.

Pada 12 Jun 2015, FGV telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia (melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu FGV Kalimantan Sdn Bhd) telah menandatangani satu Perjanjian Awal (Heads of Agreement) dengan PT Rajawali Capital International dan PT Rajawali Copora (iaitu syarikat-syarikat milik Tan Sri Peter Sondakh) bagi pembelian 37% saham milik PT Rajawali di dalam PT Eagle High Plantations.

Selain dari harga yang dilihat terlalu tinggi, cadangan pembelian saham PT Eagle High Plantations ini juga mendapat kritikan hebat kerana syarat pembayaran deposit yang terlalu tinggi.

"Perjanjian Awal mensyaratkan FGV membayar deposit sebanyak RM654 juta kepada PT Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh sebagai cengkeram sementara rundingan-rundingan lain untuk memuktamadkan perjanjian ini berjalan.

"Syarat pembayaran deposit yang terlalu tinggi pada nilai RM654 juta ini telah mengundang maklum balas dari Bursa Malaysia yang mengeluarkan notis rasmi bertarikh 15 Jun 2015 kepada FGV untuk menerangkan sebab deposit sedemikian tinggi diperlukan.

"Maka, pada 17 Jun 2015, FGV telah memberikan jawapan-jawapan kepada pertanyaan Bursa Malaysia itu termasuk mengenai pembayaran deposit yang tinggi itu.

"FGV menyatakan bahawa sekiranya perjanjian jual beli saham di antara FGV dan PT Rajawali milik Tan Sri Peter Sondakh ini tidak dapat dimuktamadkan atas apa-apa sebab sekali pun, kesemua deposit berjumlah RM654 juta bersama-sama keuntungan faedah wang itu disimpan di dalam bank sementara ia dipegang oleh PT Rajawali, mestilah dikembalikan kepada FGV.

"Pengesahan bahawa rancangan jual beli saham itu ditamatkan dibuat oleh FGV dalam satu notis kepada Bursa Malaysia bertarikh 23 Disember 2016, iaitu hari yang sama Felda mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian membeli saham-saham PT Eagle High Plantations dari PT Rajawali.

"Oleh kerana perkara ini berlaku dihujung tahun 2016 dan laporan keputusan kewangan FGV bagi suku keempat 2016 belum dikeluarkan, sehingga kini tidak ada maklumat mengenai deposit berjumlah RM654 juta ini. Semakan notis-notis yang difailkan di Bursa Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang notis berkenaan perkara ini.

"Oleh itu, saya mengambil langkah awal untuk memastikan deposit itu dipulangkan kepada FGV mengikut syarat Perjanjian Awal dengan bertanyakan soalan-soalan ini:

"Adakah FGV membayar deposit berjumlah RM654 juta itu kepada PT Rajawali dalam bulan Jun 2015 seperti kehendak Perjanjian Awal?

"Jika ya, sudahkan PT Rajawali telah memulangkan kembali deposit RM654 juta itu bersama dengan keuntungan faedah simpanan dan bilakah deposit dan keuntungan itu dipulangkan kepada FGV?

"Jika belum dipulangkan, bilakah akan dipulangkan?

"Jika belum ada tarikh tetap jumlah itu dipulangkan, adakah deposit RM654 juta itu akan diguna pakai sebagai sebahagian dari urusniaga pembelian saham-saham PT Eagle High Plantations yang kini telah dibeli oleh Felda?" soal Naib Presiden PKR ini.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Selepas 1MDB Najib dikaitkan pula kerugian FELDA sebanyak RM654 Juta. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top