Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

penduduk Islam Rohingya-bunuh kanak,kampung dibakar,rogol dan keganasan tehadap isteri n warga emas





Geneva: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati pasukan keselamatan Myanmar melakukan rogol dan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Islam Rohingya, selain membakar kampung mereka sejak Oktober lalu, dalam kempen yang dianggap jenayah kemanusiaan dan pembersihan etnik.

Menurut laporan pejabat hak asasi manusia PBB semalam, saksi menceritakan pembunuhan bayi, kanak-kanak, wanita dan warga emas, serta melihat tentera menembak mereka yang melarikan diri, membakar kampung, rogol serta keganasan seksual secara sistematik.

Pasukan keselamatan Myanmar turut menceritakan penghapusan bekalan dan sumber makanan

Seorang wanita menceritakan kepada penyiasat PBB bayi lelakinya yang berusia lapan bulan mati dikelar lehernya manakala seorang lagi dirogol tentera. Dia juga menyaksikan anak perempuannya berusia lima tahun dibunuh ketika melawan.

“Kekejaman itu, terutama terhadap kanak-kanak Rohingya, amat keterlaluan.

“Operasi yang digelar pembersihan kawasan itu menyebabkan ratusan kematian,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Zeid Ra’ad al Hussein dalam kenyataan.

Hampir 70,000 orang melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi, kononnya sebagai tindak balas serangan pos kawalan polis pada 9 Oktober lalu.

Laporan PBB itu dikeluarkan di Geneva selepas penyiasat mengumpulkan keterangan daripada 220 mangsa dan saksi yang melarikan diri dari Maungdaw di Rakhine ke Cox Bazar di Bangladesh.

Myanmar bagaimanapun menafikan hampir semua dakwaan itu dan menegaskan ia adalah kempen mencegah pemberontakan yang dijalankan tanpa melanggar undang-undang.

Selain menghalang kemasukan pemerhati dan wartawan bebas ke kawasan konflik itu, pihak berkuasa Myanmar turut menuduh pelarian Rohingya mereka-reka cerita malah menuduh mereka bekerjasama dengan pemberontak Rohingya yang mempunyai kaitan dengan gerakan Islam di luar negara.

http://www.hmetro.com.my/node/203104







Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA penduduk Islam Rohingya-bunuh kanak,kampung dibakar,rogol dan keganasan tehadap isteri n warga emas. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top