Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

8 sikap yang perlu dielakkan agar anda tidak menjadi kebencian isteri anda







DALAM melayari bahtera perkahwinan, banyak perangai dan sikap suami yang tanpa disedari sangat dibenci oleh isteri sehingga merosakkan keharmonian rumah tangga, jika tidak berubah pelbagai perkara buruk bakal berlaku.

Bukan kerana isteri tidak boleh menerima suami seadanya, tetapi sikap suami ini kadang-kadang memberi impak besar dalam kehidupan berumah tangga.

Malangnya ada suami yang bersikap sambil lewa dengan teguran isteri hingga menyebabkan si isteri mula menjauhkan diri dan mencipta satu ruang kerana lelah dengan sikap suami yang tidak mahu berubah.

Berikut adalah antara 8 sikap yang perlu dielakkan agar anda tidak menjadi kebencian isteri anda:

1. Lemah dan mudah putus asa

Ramai isteri mengharapkan sang suami menjadi tulang belakang dan pemimpin dalam keluarga. Tetapi malangnya, ramai suami yang menunjukkan sikap yang lemah dan mudah berputus asa dalam mencapai sesuatu.

Lelaki seperti ini jarang mendapat tempat di dalam hati isteri dan anak-anak kerana anda tidak boleh di jadikan ‘role model’.

Lelaki yang mudah berputus asa juga membuatkan si isteri merasa tidak berguna kerana kehadirannya tidak mampu menyuntik semangat sang suami.

Maka anda sebagai suami haruslah menunjukkan sikap tidak mudah berputus asa dalam menghadapi satu kegagalan dan kekalahan dalam hidup kerana isteri adalah orang yang sentiasa ada untuk memberi sokongan pada suami.

2. Tidak tetap pendirian

Ramai isteri suka meletakkan kebergantungan dan kepercayaan kepada suami dalam melakukan sesuatu tindakan atau membuat apa-apa keputusan.

Tetapi ramai lelaki yang sukar untuk membuat keputusan yang kadang kala menyusahkan si isteri kerana kerap berubah-ubah dalam menyatakan pendapat mereka sehingga membuat si isteri keliru.

Sebagai contoh mengenai merancang percutian. Lokasi percutian yang sering berubah-rubah membuatkan isteri cepat merasa bosan dan kadang kala ianya hanyalah seperti kata-kata ibarat angin lalu.

Kerap kali apabila suami menyuarakan sesuatu, si isteri sangat berharap ia adalah sesuatu yang akan dilaksanan oleh suami. Tetapi kadang kala, sikap acuh tak acuh dan tidak tetap pendirian suami membuatkan ia kelihatan seperti janji kosong yang kerap kali tidak tertunai.

Tanpa pendirian yang kukuh si suami akan kelihatan seperti tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju dalam rumahtangganya kerana sikap was-was dan goyah sebegini kebiasaannya terdapat pada wanita dan jarang sekali dimiliki oleh seorang lelaki.

Anda juga akan kelihatan seperti suami yang suka ‘menanam tebu di tepi bibir ‘ dan tidak boleh dipercayai.

3. Malas bekerja

Suami yang tidak berkerja ibarat barah dalam rumah tangga. Suami yang sepatutnya menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga dan menjadi pelindung untuk keluarga sebaliknya menjadi beban untuk isteri.

Dalam keadaan ekonomi yang mendesak, suami yang tidak bekerja tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga membuat si isteri hilang hormat pada suami.

Ada sesetengah suami yang meminta isteri keluar bekerja dan mengambil alih tugas suami mencari nafkah untuk keluarga. Lebih malang lagi, ada yang sanggup memajak barang kemas isteri untuk memenuhi tuntutan keperluan si suami. Sikap yang begini akan menjatuhkan maruah dan martabat anda sebagai seorang lelaki.

4. Bersikap dua alam

Dua alam di sini bermaksud mempunya sikap berbeza di luar dan di dalam rumah. Ramai lelaki yang suka menunjukkan sikap yang sangat baik di luar rumah bersama teman-teman dan di tempat kerja sebaliknya membawa sikap garang dan panas baran apabila berada di rumah.

Perkara ini perlu di beri perhatian kerana tanpa di sedari suami menjadikan rumah tempat melepaskan amarah dan lelah sehingga mewujudkan suasana dingin antara suami isteri dan anak-anak.

Seringkali apabila berada bersama keluarga dan teman-teman, si suami rancak berbual dan beramah mesra, tetapi bertukar pendiam apabila bersama isteri dan anak-anak dan lebih memilih untuk mengadap gadget untuk melayari internet atau bermain ‘game’ tanpa mempedulikan masa bersama isteri dan anak-anak.
hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang menyebabkan si isteri memendam perasaan dan berkecil hati dan juga mungkin boleh membawa kepada perpisahan.

5. Bersikap buaya darat

Lelaki yang sudah berkahwin tetapi masih suka bermain mata dan bermain cinta di luar amat menjengkelkan.

Sesetengah lelaki suka memikat wanita hanya untuk menunjukkan bahawa diri mereka masih di pandang walaupun sudah beristeri. Kadangkala lelaki seperti ini tidak serius untuk menjalinkan hubungan lain atau sekadar suka-suka. Walau bagaimanapun, anda yang bersikap seperti ini menjadi simbol kepada ketidak setiaan.

Isteri sangat benci dengan suami yang bersikap seperti ini kerana lelaki yang tidak setia di anggap bukan lelaki yang boleh meenjadi peneman sepanjang hayat dan bersusah senang bersama-sama.

Tidak dinafikan sifat semulajadi lelaki gemar melihat sesuatu yang cantik. Tetapi jika sudah melibatkan membuat janji temu dan berbalas sms dan whatsapp, perkara ini tidak boleh diterima oleh kebanyakan isteri. Awas jika anda mempunya tabiat suka mengorat wanita kerana anda sedang ke arah mewujudkan konflik rumah tangga.

6. Penampilan selekeh, berbau dan tidak menarik

Ramai lelaki yang mula mengabaikan penampilan diri setelah berumah tangga. Berbeza dengan penampilan yang memikat, segak dan berbau wangi ketika zaman bercinta, perkara seperti ini kerap di abaikan oleh suami menyebabkan isteri berasa rimas.

Malahan aspek yang paling utama iaitu penjagaan kebersihan diri kerap diabaikan sehingga membuatkan mulut dan badan berbau. Ini bukan sahaja membuat isteri berasa tidak suka mendekati suami, malahan menganggu hubungan intim anda berdua.

Keadaan yang dipandang kecil oleh lelaki ini menimbulkan kesan besar pada perasaan isteri di mana isteri akan merasa tidak dihargai. Lebih teruk lagi, keadaan ini boleh menyebabkan isteri tawar hati dan terpikat dengan orang lain.

Ada juga lelaki yang malas bersenam sehingga perut kelihatan buncit pada usia yang muda.

Gaya pemakaian juga tidak di jaga di mana suami tidak endah untuk kelihatan menarik di hadapan isteri dengan rambut yang tidak di potong dan misai yang tidak dikemaskan sehingga kelihatan serabut.

Walaupun perkara ini kelihatan remeh, tetapi sebenarnya ia merupakan perkara yang sangat penting dalam hubungan suami isteri kerana dari penampilan, ia melambangkan siapa anda anda perkara utama yang dipandang wanita ketika kali pertama anda bertemu.

7. Bersikap sambil lewa

Suami yang manis dan memikat adalah suami dambaan isteri, Isteri mudah jatuh cinta berkali-kali dengan suami yang memahami dan bertoleransi serta prihatin terhadap perkara yang di sukai dan tidak di sukai isteri.

Jiwa wanita yang secara lahiriah bersifat sensitif mudah tersentuh dengan setiap perkara yang dilakukan suami walau sekecil apa pun perkara yang dilakukan. Perkara yang baik yang dilakukan sentiasa membuat isteri rasa di sayangi dan di hargai. Sebaliknya, sikap sambil lewa suami pada sesuatu perkara membuatkan isteri mudah tersentuh.

Suami wajar cuba menyelami sikap dan perasaan seorang isteri agar mudah memahami bahasa tubuh isteri kerana ia merupakan kunci untuk mengukuhkan ikatan antara suami isteri.

Seringkali masalah rumah tangga berpunca dari suami yang kurang membelai dan memanjakan isteri apabila usia perkahwinan bertambah. Malahan ada suami yang hanya menjadikan isteri sebagai pengurus rumah dan penjaga anak-anak tanpa mempedulikan hati isteri yang dahagakan kemesraan.

Ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri melakukan kerja rumah dan mengruskan anak adalah salah satu cara yang sangat menbantu bagi memberi ruang untuk isteri berehat dari lelah setelah seharian mengurus rumah dan mempunyai masa berdua bersama anda.

8. Terlalu mengikut kata keluarga

Kehidupan berumah tangga menuntut suami membahagikan perhatian pada isteri dan anak-anak serta keluarga,

Malangnya, ada suami yang kadang-kadang silap dalam menguruskan kemahuan keluarga dan mengabaikan isteri dan anak-anak sehingga mengguris perasaan isteri,

Memang benar, keluarga adalah orang yang hadir dulu sebelum isteri dan anak-anak, oleh itu suami perlu bijak membahagi masa antara keluarga dan isteri serta anak-anak agar tidak wujud isu keadilan.

Ada suami yang terlalu pemurah sehingga segala pertolongan yang diminta keluarga tanpa berbincang dengan isteri walaupun sehingga mengabaikan kepentingan lain. Ini membuatkan isteri merasa bosan.

Dalam keadaan seperti ini, suami perlu bijak memainkan peranan dalam memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Jangan terlalu menurut kata keluarga pada perkara yang tidak perlu kerana ini boleh merenggangkan hubungan anda berdua.

Jika anda sebagai suami sayangkan rumah tangga anda, semak diri anda sama ada anda mempunyai 8 ciri-ciri ini dan berubahlah sebelum terlambat agar rumah tangga anda lebih bahagia. Tidak salah untuk ketepikan ego anda dan mulakan perubahan dari sekarang. — EdisiRakyat.com #Share moga bermanfaat <3




http://malaysianreview.com/173775/8-perangai-suami-yang-dibenci-isteri-tolong-berubah-sebelum-terlambat/









Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA 8 sikap yang perlu dielakkan agar anda tidak menjadi kebencian isteri anda. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top