Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lelaki Bangladesh maut ditetak rakan sekerja sehingga bercerai kepala dan badannya





sekadar gambar hiasan

Kuala Selangor: Lelaki Bangladesh maut ditetak rakan sekerja sehingga bercerai kepala dan badannya dalam kejadian di tapak projek pembinaan pangsapuri Alam Jaya, di sini,

Kejadian ngeri pada kira-kira 4 petang, Khamis lalu, itu dikatakan bermotifkan cemburu berikutan mangsa adalah pekerja kesayangan majikan.

Tubuh mangsa 29 tahun itu ditemui tersangkut di atas besi perancah di tingkat 10 manakala kepalanya di atas lantai di aras yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah, berkata mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam di tingkat 11.

Menurutnya, suspek kemudiannya cuba menghumban mangsa melalui tingkap tetapi tersangkut.

"Suspek dikatakan sudah bekerja sebagai sub-kontraktor di tapak pembinaan pangsapuri 20 tingkat itu, kira-kira dua tahun lalu.

“Siasatan mendapati suspek adalah rakan sekerja warga Bangladesh. Dia menghilangkan diri apabila kejadian itu diketahui pekerja binaan lain dan majikannya," katanya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, suspek berusia 32 tahun itu sudah diberkas, pada awal pagi ini, dan kini dalam tahanan reman sehingga 17 Februari ini.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki Bangladesh maut ditetak rakan sekerja sehingga bercerai kepala dan badannya . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top