Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

anak tunggal maut akibat tersedak susu yang diberikan oleh ibu kandungnya




Tumpat: Anak artis dikir barat popular Kelantan, Rosalinda meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Kampung Tendong, di sini kira-kira 2 petang tadi.

Muhammad Adam Rayyan (Adam) yang berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong.

Menurut adik Rosalinda, Syaifful Ashraf Mohd Alwi, 22, sebelum itu, bayi berkenaan tidur di dalam bilik selepas Rosalinda atau nama penuhnya Syahima Idayu Akma, 26, selesai memberi susu.

"Kakak keluar dan mengemas ruang tamu selepas menyusukan Adam, namun apabila dia masuk ke bilik untuk menjenguknya, muka Rayyan sudah berubah kebiruan.

"Adam kemudian dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai bertugas," katanya ketika ditemui di Sungai Pinang, di sini hari ini.

Syaifful Ashraf berkata, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang di sini selepas maghrib.













https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA anak tunggal maut akibat tersedak susu yang diberikan oleh ibu kandungnya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top