Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Atas Katil... Suami JANGAN PENTINGKAN DIRI!-jangan pandang remeh ketidakpuasan hati isteri.


Atas Katil... Suami JANGAN PENTINGKAN DIRI!


Sakitnya hati melihat suami yang tidur lena selepas ‘hajat’ tercapai. Lagi bengang memikirkan sikap suami yang pentingkan diri, selepas ‘puas’ dia terus blah macam tu sahaja. Suami tinggalkan isteri terkapai-kapai di atas katil. Sekali dua bolehlah sabar tapi lama-kelamaan isteri boleh meletup kerana dilayan sebegitu. Jika tidak ditangani segera, rumah tangga boleh goyang.

Kepada encik suami, jangan pandang remeh ketidakpuasan hati isteri. Jom belajar hargai isteri, jika kena gayanya isteri akan tersenyum lebar dan perkahwinan pasti bertambah bahagia.
Pesanan Untuk Suami
1. Aksi pemanasan

Jangan terus terkam isteri, suami mestilah berlemah lembut. Mulakan dengan aksi pemanasan, teroka daerah intim isteri. Apabila isteri sudah bagi ‘green light’ barulah suami meneruskan ‘babak utama’.
2. Jangan gelojoh

Tau tak isteri paling tidak suka suami yang gelojoh ketika bersama. Isteri akan berasa tidak selesa dengan sikap suami yang terburu-buru. Minta izin kepada isteri dengan ucapan yang romantik atau jenaka secara santai. Jika anda pemalu, beri isyarat dengan bahasa tubuh.
3. Nikmati masa intim

Ketika bersama isteri, fokus kepada momen indah ini. Off kan handphone dan pastikan suasana selesa untuk kalian berdua. Jangan bercakap hal kerja atau perkara lain ketika bersama isteri.
4. Puji isteri

Janganlah berat mulut untuk memuji isteri. Puji penampilan atau tubuhnya, isteri pasti merasa sangat gembira dan tidak sabar untuk membahagiakan suami. Pujian juga membuatkan isteri berasa dirinya berharga.
5. Ucapkan terima kasih

Selepas selesai hubungan intim, jangan terus bangun atau terus tidur. Peluk isteri dan ucapkan terima kasih kerana melayani anda dengan kasih sayang. Isteri pasti tersentuh dengan ucapan ikhas anda

http://www.mingguanwanita.my






Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Atas Katil... Suami JANGAN PENTINGKAN DIRI!-jangan pandang remeh ketidakpuasan hati isteri.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top