Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Romantiknya Pasangan Kita Bila Dia Macam Ini. Neelofa & Fattah Amin Pun Tak Boleh Lawan!


Romantiknya Pasangan Kita Bila Dia Macam Ini. Neelofa & Fattah Amin Pun Tak Boleh Lawan!


Ada sesetengah orang, tengok drama dalam tv terus bermimpi nak pasangan romantik macam hero atau heroin yang ditengok. Siap 'tagged' bagai, kononnya harap suami atau isteri beubah jadi macam itu. Cuba nilai balik, betul ke istilah romantik boleh diukur macam itu, yang jenis bagi bunga dan buat kejutan yang tak dijangka?

Hmmm... rasanya anda akan dapat jawapan yang tepat dalam perkongsian Doktor Taufiq Razif kali ini. Jom baca, pasangan kita romantik ke tidak!

Banyak sangat saya tengok orang duk kagum dengan Neelofa lah, Janna Nick lah, Fattah Amin lah, Aaron Aziz lah. Kononnya tersangat la romantik bila kat dalam drama TV. Tu yang rating tontonan mencanak naik kalau diorang yang jadi hero dan heroin.

Saya bukan nak kondem siapa siapa. Apatah lagi nak mengecam. Mengecam bukan gaya saya sebenarnya. Cuma saya nak kita tengok balik pasangan kita yang dah sedia ada kat rumah tu. Tu la sebenarnya orang kita kena kagumi dan hargai. Romantik ni sebenarnya bukan cuma dengan kata-kata puitis. Cuba tengok balik pasangan kita. Tak cukup romantik ke?


Romantiknya suami kita bila:

1. Balik dengan berketiak masam hanya kerana berpenat lelah mencari nafkah untuk seisi keluarga.

2. Balik dengan berwajah masam hanya kerana terlewat sampai ke tempat kerja sebab nak hantar anak ke sekolah.


3. Cuba nak bantu kita memasak walaupun tahu dirinya memang tak berbakat.

4. Cuba nak bantu kita lipat baju walaupun dah tahu last sekali kita akan lipat balik baju tu sebab tak puas hati.


5. Cuba buat muka comel walaupun tahu kita tengah dilanda Pre-Menstrual Syndrome ( PMS ).


6. Menegur kita bila berpakaian seksi hanya kerana tak sanggup berkongsi jiwa dan raga kita dengan lelaki lain.

Romantiknya la isteri kita bila:

1. Menyambut kita dengan bau susu basi hanya kerana dia asyik menjaga bayi kecil kita sampai melupakan diri sendiri.

2. Membebel panjang dan akhirnya menangis bila kita lambat pulang ke rumah hanya kerana bimbangkan keselamatan kita.

3. Selalu cemburu buta hanya kerana tak mahu kehilangan kita.

4. Minta dibelikan itu dan ini hanya kerana cuba membahagiakan hati sendiri kerana takut mood yang negatif akan membuat suami jauh hati.

5. Cuba diet dengan bermacam produk dan tarian zumba walaupun tahu peluang untuk kembali langsing macam anak dara amatlah tipis hanya kerana nak menyenangkan hati seorang jejaka bernama suami.

Tak cukup romantik lagi ke pasangan kita? Tujuan saya Taufiq Razif buat artikel ni bukan nak cakap semua yang pasangan kita buat ni semuanya betul tapi saya nak kita semua tengok kelebihan yang ada pada pasangan kita masing-masing je. Habis je baca artikel ni terus tatap wajah pasangan yang tengah tidur tu. Cuba ingat balik kenangan manis yang korang dah lalui bersama selama ini.


Jika kenangan tu dah mula pudar, kembali hangatkan balik dengan bercerita nostalgia nostalgia lama dengan si dia. Kalau boleh bawa la si dia ke tempat yang ada memori manis korang tu semula. Jangan cuma merungut dengan pasangan yang dah kurang romantik. Latih dan ajari pasangan kita untuk kembali romantik tau. Itulah ladang amal kita semua.

P/ S : Saya Taufiq Razif bukan doktor cinta tau! Saya cuma nak kita saling menghargai pasangan masing-masing je. Ramai sangat yang komen dan PM saya tentang hubungan perkahwinan mereka yang dah dihujung tanduk. Saya berharap artikel ni dapat membantu pasangan yang di luar sana untuk mendapat cinta impian mereka. Ada satu tips rumahtangga terhebat yang saya pernah dengar daripada Ustaz Ebit Lew " Kurangkan menuntut hak diri kita. Lebihkan tunaikan hak si dia. Baru la rumahtangga kekal bahagia ".


http://www.mingguanwanita.my








https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Romantiknya Pasangan Kita Bila Dia Macam Ini. Neelofa & Fattah Amin Pun Tak Boleh Lawan!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top